damdiduuu

Wednesday, December 7, 2011

pengalaman bersalin: Part 1 - intro

wah lama overdue entry ni.
sekarang Alice dah 7 bulan 2 minggu.
agaknya dah cukup 9 bulan baru habis tulis kot pengalaman bersalin :p

mengenang kembali
alhamdulillah rasanya bersalin dulu memang dipermudahkan :)

tarikh jangkaan lahir yang diberi doktor
adalah berdasarkan scan pertama
sewaktu pertama kali check up di KJMC.
tak dapat nak beri tarikh tepat bila kali terakhir period
jadi doktor scan kandungan untuk anggarkan tarikh bersalin.

10 Mei 2011
lebih kurang seminggu selepas birthday mommy! :D
birthday yang ke berapa eh?
:p

walau bagaimana pun, 10 Mei 2011 itu ialah minggu ke-40.
baby boleh lahir paling awal cukup bulan pada minggu ke-37
paling lewat minggu ke-42.
jadi Alice nak lahir bila?
:p

ini Alice kecik :)

kalau ikut mommy, biarlah Alice lahir awal
sebab masuk bulan ke-6 lagi mommy dah rasa 'berat'
dah rasa macam besar maksima.
sampaikan mommy tanya doktor
'perut saya ni nanti jadi lagi besar ke?'
ketawa doktor.
'tak kan nak jadi lagi kecik pulak', jawabnya.

tidak la.
maksud mommy stay je la macam tu sampai 3 bulan.
tak yag besar lagi.
tak boleh ke?
:p

cukup bulan
diam tak diam dah minggu ke 37.
kawan opis dah mula tanya²
diorang dah siap² kalau nak kena hantar mommy ke hospital.
majoriti belum ada anak.
jadi mommy kata jangan risau
ada masa 10 jam sebelum bersalin
(estimate bukaan 1cm 1jam).

mommy dah buat persediaan.
beg mommy & Alice dah stand by dalam kereta.
malah awal² dah tulis entry macam mana nak pergi PPUM
masuk minggu ke-37 juga ada buat entry tak sabar nak bersalin :p
entry minggu ke-38 pun ada.

wah panjangnya mukadimah!
kita sambung nanti la ye.
ok thank bye
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...