damdiduuu

Sunday, October 16, 2011

seterika dari kayangan

*perkataan 'seterika' ni siap cari kat kamus DBP lg tau!

"Yayang, kalau kita kaya, baju semua hantar dobi la iron eh" hahaha kelakar la pulak bila fikir balik.
kalau kaya kenapa kena hantar dobi?
kenapa tak suruh bibik yang pakai baju French Maid atau butler yang seterikakan?

abang tersenyum.
"Pemalas ... iron la sendiri" usik abang.
"Kalau kaya duduk rumah, jaga anak. Tak payah iron baju kerja" sambung abang lagi.

aku tak tahu kenapa
dalam banyak² kerja rumah, iron baju yang paling aku lemah.
iron baju tak rewarding ke?
peralatan tak cukup?
rasanya semua memadai.
entah la ...

sejak Alice ada, aku jadikan habit
sediakan 5 pasang baju sekali gus
siap untuk seminggu.
senang.
ringkas.
tak stress pagi² nak fikir nak pakai baju warna apa
tudung yang mana paling padan
dan macam mana mood hari ni.

dulu² semasa nak iron baju ada juga aku tanya pada abang
"Nak iron baju ni. Ada baju yang nak iron ke?" sekadar nak menolong.
nak meringankan beban kalau boleh

"Mana ada baju yang kena iron" jawab abang.
senang hati aku mendengarnya :)
masa tu aku rasa abang ni macam putera dari kayangan
yang diturunkan khas, jodoh yang paling secocok untuk aku.
aku tak suka iron baju
dan abang tak ada baju yang perlu diiron.
match made in heaven!
:D

macam mana nak buat jadi rajin menyeterika baju?
aku rasa kalau ada steam iron yang macam kat kedai baju tu best
sebab baju bergantung.
walau pun pada hakikatnya steam iron tu sama saja macam seterika kat rumah
licin baju tu tak tahan lama.
sebab tu kita selalu nampak sales person kat kedai baju selalu je iron baju.
kejap² kena touch up.

nak sedap beli iron yang riban² tu.
yang siap dengan iron board boleh kembang kempis.
ala baik hantar dobi, lagi jimat dari beli iron & iron board riban².

aku pernah juga tengok demo iron plastik.
siap sekali jalan boleh iron bahagian depan dan belakang.
bila letak atas plastik, plastik tu tak terkesan pun.
macam best kan?
harganya dalam RM500 kalau tak salah aku.
cuma aku teringat komen Apih
"Kalau control freak macam angah, mesti dia nak iron juga depan belakang".

eh betul apa, kalau iron depan belakang lagi licin kan?!
eh ... aku ni control freak eh? :p

malam tu macam biasa kerja menyeterika baju aku tinggalkan yang terakhir sekali.
dah tak boleh tangguh lagi dah.
elok aku siap² nak mula menyeterika, Alice terjaga.

siap menyusu Alice, aku pun terlena sekali.

abang ada kejut aku.
mengingatkan perihal baju yang perlu diseterika.
aku kata esok la,
sambil buat donno apa tah lagi yang abang buat dah kata.
(kaki buli memang tak puas hati selagi tak buli orang!)
tidur lagi stim.

pagi itu pukul 3 Alice terjaga.
lapar dah dia.
selesai Alice menyusu, aku pam susu.
untuk bekalan Alice ke nursery.
kemudian ke bilik depan untuk menyambung (atau lebih tepat lagi memulakan!) kerja² menyeterika baju.

aku tengok baju kerja dah berubah posisi.
sebelum tidur aku susun atas katil.
sekarang dah siap bergantung.
bila diperhatikan betul², semuanya dah siap diseterika!
patut la aku rasa macam lampu bilik depan menyala tadi.

serta merta aku tersedar 2 perkara
1) sebenarnya aku memang kaya.
paling tidak pun - kaya dirahmati dengan kasih sayang yang melimpah ruah :)
2) sebenarnya abang memang putera kayangan
diturunkan khas sebagai jodohku yang paling secocok.

Thank you, sayang! :*

alhamdulillah :)

p/s: aku masih belum buat keputusan. duduk rumah atau tidak, aku tetap akan jaga anak. kalau kaya, belum tentu aku akan berhenti kerja. aku harap abang tak kisah. orang kaya mana boleh marah² :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...