damdiduuu

Friday, September 16, 2011

meminang: tak jadi :D

kisahnya begini.
hari Jumaat Hari Malaysia kita dah bersiap² nak pergi meminang.
destinasinya Kg Ulu Kenas, Manong, Kuala Kangsar.
awal pagi lagi dah bertolak.
malah, kita dah sampai Tapah.
janji dengan ahli rombongan yang lain nak jumpa di Tapah.

asalnya nak jumpa di hentian Sungai Perak.
last minute baru dapat tahu sebelum meminang kita ke rumah Mak Ngah dulu.
di Kamunting.
jadi jumpa di hentian Tapah saja lah.

nak menyedapkan cerita (tadi tersalah taip dari cerita jadi derita ... rasa cam derita sikit la kot) :p
rupanya kita tersalah tentatif.
yang kita tahu bertolak awal subuh Jumaat.
kita ingat macam belah kita, kalau menghantar cincin upacaranya dibuat sangat² ringkas dan dipermudahkan.
arwah Wan dulu tak suka besar², megah², sibuk², keluar banyak belanja.
bertunang saja pun, katanya.
ada macam² kemungkinan boleh berlaku.
jadi tak perlu lah buat besar².
setakat keluarga terdekat kedua² belah pihak.

baby Alice bukan main suka nak ikut rombongan meminang!

lain padang lain belalang.
lain tempat lain adat.
rupanya yang kita nak pergi ni majlis tunang full blow, full swing.
majlisnya hari Sabtu.

kita pun musykil.
kalau majli hari Sabtu, perlu ke hari Jumaat tu kita keluar subuh²?
hmmm orang lain, lain lah caranya kot.

memandangkan kita tak jangka tentatif dah lari sangat, terpaksalah kita tukar plan.
kita tak jadi ikut rombongan meminang.
Sabtu kita dah merancang nak ke majlis aqiqah Ainul Mardhiah di Kampung Pandan.

sekarang dah di Tapah.
mana nak dituju?
Lumut?
Pangkor?
Tambun?
sempat la jalan² sekejap.
esoknya pagi² dah kena bertolak balik ke Kuala Lumpur.

daddy ada saja, daddy sayang Alice & mommy :)

eh kejap ... siapa yang meminang?
siapa yang bertunang?
yang dipinang Puteri Perak untuk sepupu Zaza.
kita sekadar ikut saja, nak memeriahkan majlis.
tak ada kena mengena dengan Ali JB nak tambah cawangan pun.
suka² je eh?!

mudah²an semuanya selamat :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...