damdiduuu

Tuesday, August 9, 2011

pam Modu dah tiba! :D

alhamdulillah :)
hari yang dinanti² tiba juga.
syukur ya Allah!
terima kasih encik boss!
10.30 pagi Farah sampai ke pejabat saya.
bersama sang big boss SaraKids, Mr Saiful.

selesai urusan rasmi, Farah beri set Modu yang boss hadiahkan untuk saya.
Farah siap demo lagi.
parts, pemasangan, self cleaning (ada rekod video tapi tengah borak cerita peribadi, tak jadi nak upload) :p

tadaaaa! wah tak sabarnya nak cuba pam ni, moga² makin rajin menguruskan stok susu dengan bijak - lebih² lagi sekarang baby Alice dah makin kerap minum botol di taska.


siap minta sain dari Farah (sebab nak lelong kat E-Bay) dan Mr Saiful (untuk motivasi daddy Alice). boleh gitu?! :D


saya ambil kesempatan untuk tanya semua kemusykilan dalam hal penyusuan susu ibu.

rahsia kejayaan
- ramai yang berjaya menyusu bayi sampai 2 tahun, kuncinya ialah pengurusan EBM yang berkesan. kena pandai pam pada kuantiti yang secukupnya, simpan dengan bijak dan beri pada bayi dengan teratur

frozen vs chilled
- tak banyak beza khasiat frozen dan chilled EBM (bila saya kata saya kasihan baby minum frozen sebab kualitinya kurang berbanding chilled EBM).

bekal baby
- seeloknya separuh bekal baby frozen, separuh lagi chilled. utamakan frozen. jika chilled tidak habis, masih boleh disimpan. sebaliknya, frozen selepas mencair mesti digunakan dalam masa 24 jam.

latih baby minum botol
- baby behave dengan strangers. bila ibu dia ada (dalam rumah/ bilik yang sama) baby tetap nak direct feeding.
- daddy latih Alice minum botol makan masa 1 jam 35 minit untuk habiskan 2 oz. di taska sekejap saja habis kata pengasuh.
- bila mommy beri botol, Alice memang menangis² susah sangat nak drink bottle

perlu ke stok beku berpeti²?!
- mesti buat stok beku juga supaya bekalan tak putus
- kalau beri chilled saja, mungkin cuma bertahan beberapa bulan dan akhirnya berhenti tengah jalan bila susu tak cukup.

panaskan susu
- susu perlu dipanaskan cuma untuk beri pada baby sama macam suhu dari ibunya. jika bayi boleh minum sejuk, silakan. panaskan dalam lingkungan 37-40 darjah Celcius supaya sel hidup tidak rosak/ mati.

travelling
- pump on the go, Farah hanya bersihkan pam dengan wet wipe dan simpan dalam cooler bag. sampai ke destinasi baru cuci pam bersih².

susu tambahan
- ibu perlu minum susu untuk hasilkan susu adalah mitos
- selepas 2 tahun, pengambilan susu sudah mencukupi. tidak wajib untuk bayi minum susu membesar, cukup sekadar minum untuk sarapan atau minum petang

resepi susu ibu
- Farah ada buat aiskrim susu ibu (boleh baca di blog SaraKids)
- susu expired dibuat sabun: dari guna susu kambing yang dah diproses, baik guna susu kita sendiri

tips penggunaan Modu
- Modu double pumping perlu dipegang kedua² set botol yang bersambung dengan lactation cup. kalau dah biasa boleh letak saja atas riba atau nak senang selit pada nursing bra
- pengguna pam manual mungkin perlu ambil masa seminggu untuk sesuaikan dengan pam elektrik. kadar pengepaman motor lebih sekata berbanding menggunakan tangan.
- kata Farah selepas ini tak perlu menyorok² macam guna pam manual, boleh pam saja setiap 3 jam sambil kerja. cuma tutup dengan shawl/ nursing cover :)
- kelebihan Modu ialah self-cleaning jika susu masuk ke dalam motor jadi pam tahan lama & prestasi pam tidak menurun

terima kasih, Farah yang peramah. moga makin berjaya dan makin gembira dengan kejayaan dalam bidang laktasi & perniagaan!


Farah tengok gambar baby Alice yang montel.
katanya Alice montel sebab menyusu lama malam².
dapat banyak hind milk yang mengenyangkan.
Farah tanya - betul ke?

yang saya tahu Alice tidur malam.
bila lapar dia merengek sikit², bila saya terdengar, saya susukan antara jaga.
kemudian pandai² la Alice menyusu :p
lama ke tidak tu ikut suka dia la :D

*kalau betul baby Alice menyusu lama waktu malam & dapat banyak hind milk, agaknya sebab tu berat badan mommy turun kot :)

pam Modu harga pasaran RM559.
set lengkap pam, beg, cooler bag, ice pack, storage bottle boleh didapati antara harga RM605 - 699.
alhamdulillah, rezeki baby Alice :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...