damdiduuu

Monday, June 25, 2012

video: dung² chey!



asal ada peluang
Alice main apa saja
termasuk alat penimbang
yang nenek guna untuk timbang kerepek

dung² chey yeah!

:p

video: jangan cubit meow!




salah satu meow aunty Aisyah
namanya Veto.
belang² hitam
cantik warnanya.
badan lean & tough.

kebetulan waktu kita balik JB
Veto demam
aunty Aisyah baru saja bawa pergi klinik
vet bagi ubat banyak²

Veto jenis kucing jantan yang berani
cumanya bila jumpa Alice
Veto buat muka pelik
dan tak faham apa baby Alice nak buat :p
baru 1st time Alice dapat usik meow
dah lama sikit baru dia pandai jaga meow kot
:)

Sunday, June 24, 2012

balik JB: sekejap sangat!

esoknya kita gerak balik.
nak duduk lama² pun tak ada cuti.
tak sempat pun jumpa abah dan adik².
mak tak payah cakap
macam² bekal dah siap pack awal² :)
aunty Aisyah siap belikan kek coklat kukus.
selalu kita kat rumah tak makan sangat
tapi bila rasa
pergh! punya la nikmat kek tu! :p
tq aunty Aisyah!
:)


bukan main suka budak kecik ni!
:)

oh ya
aunty Aisya bercadang nak beli rumah
dan juga bertunang tahun ni.
semoga semuanya dipermudahkan :)

kisah kita
tersentuh juga bila balik JB ni
mak dari dulu kerja kuat
katanya masuk Ogos ni
dah 20 tahun mak kerja di tempat yang sama.
teringat pada arwah mak
yang juga sama² gigih cari rezeki untuk anak².
situasi berbeza
kecekalan, kasih sayangnya tetap sama :(

waktu membesar
agak mendukacitakan juga
bila arwah mak hari² keluar bekerja
dan hujung minggu menjaga (arwah) nenek di kampung.
sunyi dan rasa kurang
yang sama juga agaknya yang dikongsi
oleh adik beradik aku
dan adik beradik abang
yang dah biasa ditinggal²kan.

betapa besarnya sumbangan Aisyah
bila adik² masih sekolah
dan mak yang bekerja kuat.
moga diberi kekuatan, keberkatan, kesenangan dan kegembiraan untuk kita semua.

*Al-Fatihah untuk arwah mak & nenek :(


Menara Taming Sari


Alice suka jalan pegang payung

dari JB kita singgah di Melaka.
macam biasa bila kita ke Melaka budak² Melaka entah ke mana.
macam lahanat tak? :p
kita jalan² saja
sempat juga makan asam pedas
(yeah, asam pedas mak masak lagi best!)
dan belikan baju batik untuk Alice
dekat² dengan Menara Taming Sari.


Hilmiey masuk wad
tapi aktif main sana sini!
:)

tak lama.
kita dapat berita Hilmiey masuk wad.
syukur abang drive dengan selamat
jalan pun alhamdulillah lancar
tak ada traffic jammed.
terima kasih untuk abang
walaupun penat
masih digagahkan lawat Hilmiey di Puteri Ampang.
tq tq tq!
ni yang buat bertambah sayang ni :)

Saturday, June 23, 2012

balik JB: jom!

pagi tu 5.30 pagi dah terjaga.
biasa la waktu menyusu Alice.
bila ditanyakan pada abang
selepas subuh kita gerak.
alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
dalam pukul 7 pagi dah terang di highway.
jalan lengang.
angin agak kuat
tapi semuanya selamat.
berhenti di Ayer Keroh dan Machap
isi minyak dan sarapan.


Machap - abang nak mee kari telur puyuh kot?


budak kecik yang sentiasa happy sana sini

sampai di Kempas
mak baru balik kerja rasanya
masih mengantuk dan letih.
sempat la berbual itu ini dengan mak :)
Alice baru bangun tidur
dari semalam tidurnya asik terganggu
nak tidur saja dah kena bangun.
sian dia :)

abang sempat la lelap sekejap.
Alice? merayau sini sana, ambil itu ini, belajar macam²
mommynya la yang puas mengejar.
di rumah nenek ada banyak kucing.
kucing aunty Aisyah.
mujur kucing lari sebab takut strangers
kalau tidak, tak tahu apa baby Alice buat dengan kucing² yang gebu dan cantik tu!
:p


dah lama tak turun Danga Bay
:)


sempat shopping moping kat CS
alhamdulillah
:)


danga city mall

jalan² pusing town
petang kita keluar jalan²
Danga Bay, CS, Danga City Mall, area Anjung.
malamnya ingat nak bawa mak keluar makan
agaknya mak dah penat sangat
tak ada rezeki kali ini.
kita makan di rumah saja.
mak punya asam pedas sumpah best!
tak pedas sangat, cukup asam, cukup manis, cukup semua.
air tangan ibu :)

malam nak ke mana² pun dah penat.
rehat di rumah saja.
tak sangka pukul 1 pagi mak bangun buatkan kerepek pisang
(macam mana la tidur kayu boleh tak sedar!)
punya la banyak kerepek mak buat
sedap² pulak tu!


dong² chey
suka hati main nenek punya penimbang
:p


daddy ajar usik meow


satu hari main sana sini
malam terus tidur dengan amannya!
:D

Friday, June 22, 2012

balik JB: Seremban dulu!

dah lama kita nak balik JB.
rindu mak.
rindu family JB.
sian mak dah lama tak jumpa abang
(bila dah jadi mak baru tau rindu anak tu macam mana
tak kisah la anak masih kecik atau dah dewasa!)

berbual macam nak pergi Mekah :p
alhamdulillah
ada juga rezeki kita
sampai juga ke JB.
walau pun belum gaji
walau pun tak ada cuti panjang
syukur
:)


dinner sama mama Su, Johnny's Jusco Seremban 2.
umang ai! punya la banyak ni dia sorang yang balun!
:p

ikut abang
nak balik JB terus dari KL
lepas kerja Jumaat tu.
tapi bila dinasihatkan
abang matanya tak jelas sangat
dan tak biasa pakai spectacles.
bahaya kalau drive malam² jauh².
mujur
abang pertimbangkan juga
saranan isteri dia yang banyak permintaan ni :p

jadi Jumaat kita sempat balik Seremban
jumpa mama Su.
mama Su pun baru saja baik demam.
hilang la rindu sekejap.
Alice pun dah makin besar
dah makin sedia terima orang lain selain daddy dan mommy.
sempat la Alice manja² dengan mama Su sekejap
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...