damdiduuu

Sunday, August 14, 2011

i hate gadgets!

antara gadgets yang orang yang rapat dengan saya baru beli weekend lepas:


SE Vivaz: cantik ok la handphone ni, spec sume lengkap siap kamera 8 mega pixel!


Samsung Galaxy S II: giler besar (screen) handphone ni berbanding yang lain². saya suka sebab ini Samsung. harga kat Seremban RM2199 -__________-


saya?! giler ipad 2. sepbaik tak jadi angkat galaxy tab P1000 (kecik sangat kot). tolonglah! katakan lah ini largho! duniawi semata² ni! tidakkkkk! :'(


Saturday, August 13, 2011

Seremban :)

lepas berbuka baru bertolak. sampai Seremban baby Alice dah penat, tengok tv (huuu mama Su pasang HD beyond!), tidur.

1st time baby Alice pergi pejabat pos! :D

duduk² kena buli - daddy tutup muka Alice dengan bib dia! nakal kan?! =E

lagi² kena buli - dah la selsema, kena kacau hidung pulak tu!

tunggu berbuka kat Say Pool Seremban 2 - masing² sibuk. daddy sibuk dengan handphone baru, Alice sibuk hisap thumb. (mama Su sibuk jadi pengerusi reunion dia dekat meja luar).

i believe i can fly. banyak sangat aktiviti jalan² sana sini. dah penat apa lagi baby Alice nak buat (daddy pasang cerita ganaz² Alice tak boleh tengok!)

syok! syok! syok!
yang tak syok mama Mia marah sebab balik Seremban tak bagitau :p
(ala tak plan la sebab tak tau nak balik Seremban ke, pergi hospital mata ke atau servis kete)

Friday, August 12, 2011

foto: hasil pam di pejabat

Farah SaraKids nak datang pejabat - tiba² belum pukul 10pagi lagi dah siap 1 botol :p nasib baik dah pam pulak tu - sebab Farah tanya! :p

bulan puasa: pukul 1 dapat 6oz

rezeki baby Alice - kat pejabat ada peti ais besar yang kosong tak ada isi apa² tapi hari² on. terlupa langsung bulan Julai ada buat stok beku (hari Jumaat) tak bawa balik rumah lagi.


Thursday, August 11, 2011

hal rumah tangga orang -______-

kisah scan ultrasound baby dan dapat keputusan: baby boy! :)

doktor sedaya upaya cari muka baby
mula² baby paling sebelah sana boleh nampak sisi saja
kemudian tangan tutup muka
lepas tu baru nampak muka - baby makan apa eh mulut gerak²?

masa doktor kata tangan kat muka, baru je nak cakap baby ni pemalu kot
sekali dia alih tangan dia :)

ayah dia? mesti la excited!
doktor siap cakap anak lelaki, tunjuk bagai ...
suka la ayah dia.
ayah dia siap nak nangis bila doktor kata anak lelaki.


ayah dia memang nak anak lelaki.
sebab tu hari² kena tanya 'kalau dapat baby girl macam mana?'
ayah dia jawab 'tak pe la, nanti baby boleh tolong umi kemas rumah, masak ...

lepas tu tanya ayah nak anak apa?
ayah jawab 'apa² pun tak kisah. dua² pun best'.
tapi sebenarnya umi tahu ayah nak anak lelaki.
umi pernah tanya kenapa ayah nak anak lelaki - jawabnya sebab anak lelaki boleh jaga umi bila dia besar nanti
(sama macam ayah jaga nenek sampai tua).
lagi pun ayah suka la, nanti ada kawan main rugbi sama².
siap ayah cakap 'nanti bila ayah pumping suruh baby duduk atas tau'
terbayang je baby duduk belakang badan ayah sambil pegang leher ... alolo comelnya! :)

tapi kalau bawa baby main passing² bola ragbi nanti kan kena sun burn?
tak pe la, anak lelaki tak boleh putih² sangat nanti orang kata jambu :p

p/s: moga ayah & umi selamat menimang cahaya mata, mendidik dan membesarkan insan yang berguna :)

*asal korang suka nak amek tau hal rumah tangga orang eh?! :p

cemburu & keluhan hati

*tajuk cam ni baru korang bersemangat nak baca eh! :p

semenjak dua menjak nih mommy asyik penat saja.
balik rumah, menyusu baby Alice sampai terlelap.
bila jaga dah malam sangat.
sedangkan banyak lagi kerja yang tak siap.

sebenarnya bukan banyak sangat yang mommy kena buat pun.
stock up pampers Alice.
sediakan baju Alice nak pakai esok & bungkus sepersalinan dalam beg.
pam susu.
cuci & sterilize pam & botol.
labelkan botol.
pack puting botol untuk Alice.
pack beg mommy - sapu tangan, pam manual, botol dan sterilized plastic untuk simpan susu.
2 atau 3 kali seminggu masa weekdays cuci & sidai baju.

cuma bila awal² lagi dah terlelap, banyak perkara tertunda.
nak buat kerja pun bukan semua boleh sekali jalan.
ada masa baby Alice lapar, kena la feed dulu.
feed lama, kadang² terlelap lagi :p

kenapa entah asyik letih saja.
nak kata puasa, orang lain pun puasa juga.
mommy kena pilih makanan berkhasiat yang beri banyak tenaga.
tak boleh juga makan sampai kenyang sangat, nanti cepat mengantuk.
mommy pun kena buat aktiviti fizikal juga la.
bina stamina.

apa yang buat mommy terdetik ialah kejadian semalam.
tak ada apa² yang drastik berlaku semalam.
daddy ajak mommy berbuka di luar. (**tq sayang!)
The Curve saja lah, dekat.
yang tak syoknya di Curve selalu kita makan di Kenny Rogers atau Wareong Penyet saja.
yang lain banyak western.

how deep is your love?
isteri dan ibu yang macam mana selayaknya untuk daddy & baby Alice?


tak kisah la makan di mana, yang nak dijadikan cerita ialah waktu hampir berbuka.
mommy dapat text dari Farah SaraKids
(wah sekarang dah boleh cakap 'Farah is my one of my personal friends' ke?) :p
berbalas² mesej yang panjang².
Farah bertanyakan pasal pam Modu yang baru mommy dapat semalam dan hal² lain.
yang mengesankan, bila Farah beritahu dia masak (tak perlu sebut la masakan apa, buat terliur je nanti!) untuk berbuka.
ayat yang buat mommy jealous '... and buat popiah dengan kids'

ramai pengikut blog Farah mesti tau yang Farah suka luangkan masa dengan anak²nya.
juga yang paling penting dan selalu jadi inspirasi - Farah suka buat macam² aktiviti kreatif bersama anak².
buat aiskrim susu ibu, buat flash card untuk adik Ian, buat bunga dari sisa pengasah pensil, masak kek batik, buat home made play doh ... macam² lah.

bila Farah beritahu yang dia buat popiah dengan anak², mommy terfikir ...
nanti mommy akan jadi mommy yang best ke atau mommy yang bosan?
nanti Alice suka spend time sama mommy?
ke balik kerja letih terus tidur atau tengok tv saja.
paling teruk kalau mommy sibuk terkejar² buat itu ini tak layan Alice pun :(

mommy kena pandai uruskan masa.
mommy untung ada daddy yang tak berkira buat kerja rumah, jaga Alice dan masak makanan best².
tonggak keluarga adalah ibu.
kalau ibu pandai mengasuh & mendidik anak serta menguruskan rumahtangga baru keluarga tu bahagia.
mommy kena buat keputusan dalam sedar.
bukan just let loose, go with the flow sampaikan tak perasan ada banyak perkara terabai.
ini azam baru mommy 11 Ramadhan 1432!
semoga semuanya teratur!

lets start small.
tambah tenaga.
malam ni mommy nak minum air panas supaya segar sikit dan tak mengantuk sangat.
mommy nak riba Alice waktu menyusu dan letak dia selepas dia kenyang - supaya mommy tak terlelap sama.
mommy nak siapkan beg Alice, pam susu (sambil spend time tengok tv sama daddy) dan tidur awal.
lepas sahur baru pam susu sekali lagi.

orang lain buat apa untuk tambah tenaga waktu bulan puasa eh?
minum Shaklee?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...