damdiduuu

Sunday, February 5, 2012

Full House Sunway Giza

teringin juga makan di Full House Sunway Giza ni
akhirnya ada kesempatan juga.
sebelum ni dah google pengalaman dan recommendation pelanggan terdahulu.
yang kita cari ialah harga & customer feed back.
jadi perkara tu juga la yang kita share kat sini
moga orang lain yang nak tahu juga dapat serba sedikit insight
:)

Alice tengah tengok deco Full House

kita suka je
bila kata nak tiramisu sekarang
memang dihantar yang terawal.
life is short.
eat dessert first!

:D

tiramisu yang seimbang
rasa topping serbuk coklat,
tiramisu yang manis
dan kopi yang pahit.
dulu pernah makan tiramisu yang sangat manis di satu food festival.
kenapa la tak ingat tiramisu ada kopi?!

Alice usya tiramisu

tiramisu , RM14.90
honey drew milk shake, RM7.90
watermelon juice, RM5.90
botol air kosong Alice, priceless
:p

salmon salad, RM16.90
satu kuntum salmon dah kena ngap!

Alice makan mango
sedap, katanya!
:)

deep fried soft shell crab, RM10.90
abang kata dipping rasa cream saja tak rasa wasabe pun.
aku rasa sedap juga walau pun bila makan dah rasa macam keropok ketam :D

oven roasted chicken tenderloin, RM19.90
abang kenyang sangat² makan meal ni.
nasib baik tak order chocolate brownies, katanya
kalau tak, mesti tak habis!

daddy ambil gambar kita guna handphone baru :p

deco tingkat atas

cantik betul tempat ni!

Alice - another satisfied customer!
:D


lagi senarai menu & harga:
http://fullhousecafe.com.my/pageflipper/menu.html

hari tu aku tak order main course
sebab kat rumah baru saja makan nasi lauk ketam goreng abang masak
(memang dah overdosed ketam hari tu!).
abang saja yang masih belum makan.

datang dalam pukul 11 pagi
senang dapat free parking di luar dekat dengan restoran.
2 minuman, 1 dessert, 2 starter, 1 main course dalam RM88.
kenyang sangat²
berbaloi juga kita makan kat sini.
servis cepat
makanan sedap
dan deko pun menarik.

syukur alhamdulillah
:)

Saturday, February 4, 2012

cuci gambar murah

Foto Prime
Miharja, sebelah Viva

cuci gambar: 4R RM0.28 sekeping
ada juga pilihan RM0.45 dengan colour enhancement
tapi tengok yang 28 sen sekeping tu pun dah ok dah.

kita hantar Sabtu tengah hari
esoknya 3.30 petang siap.
kebetulan 'esoknya' tu Ahad dan juga public holiday
tapi kedai ni masih buka pada hari tu :)

abang kata baik ambil gambar untuk passport juga.
tak tanya pulak harga berapa
(tau² abang dah bayar semua) :p
kat internet tulis RM6 per set.
kita dapat 1 set 8 keping

kedai yang sangat besar.
tengah renovate.
shooting studio di tingkat atas.
punya la ramai staff kedai ni!


Alice nak ambil gambar passport
smile!
:)


hehehe gambar passport Alice yang pertama :)
gambar passport boleh dapat dan² tu juga

tq, sayang! :)

selamat berjimat! :D

casing handphone murah

Giant Kelana Jaya
Kedai: Original Mobile Accessories

pouch Android comel sangat! :D
yang warna merah kat atas tu lawa
RM10 sahaja

leather casing RM25
kat Low Yat RM30
kita yang tertipu kot :p

abang beli screen protector untuk tab 10.1
kat sini jual RM35 sahaja.
susah nak dapat sebab skrin besar.
sebelum ni kita jumpa semua RM100 ke atas.

selamat berjimat! :D

hadiah Valentine's Day murah

ok. orang Islam tak sambut Valentine's Day
tapi untuk anda yang kebetulan tengah cari barang pada masa ni
ada satu outlet jual barang dengan harga yang berpatutan.

antaranya - perfume Paris Hilton boleh dapat dalam RM116.
ada juga perfume yang tak ada jenama tapi baunya wangi sangat.
Luciano Soprani untuk perempuan sweet sangat bau rose - ada discount & dapat miniature.
kalau beli couple set dapat free gift scarf, neck tie atau belt imported dari Italy.

yang kita pergi di Giant Kelana Jaya, sales assistant kat situ sangat membantu.
cuma bagitau saja berapa budget
nanti dia akan suggest beberapa perfume untuk kita.
customer service dia sangat bagus! :)



selain daripada Kelana Jaya, outlet Shins yang dekat² sini antaranya:
- Mid Valley
- 1 Utama New Wing
- e@Curve
- Giant Kota Damansara
- Tesco Mutiara Damansara

selamat berjimat! :D

Friday, February 3, 2012

perkembangan bayi: Alice 9 bulan

budak kecik tak tahu duduk diam.
kadang² penat, marah, tension
tapi bila tengok muka Alice
terus jadi tenang :)
syukur atas kurniaanNya


berdikari
pencapaian terbesar Alice kali ini
ialah berdiri.
berdiri saja tak pegang dan tak sandar
:)
ha suka suka suka!
tak ada lagi gambar berdiri
sebab tiap² kali Alice berdiri, kita tepuk tangan bagi dia encouragement!
tak lama pun Alice boleh berdiri
cuma beberapa saat saja.
Alice masih belajar untuk imbangkan badan :)

clap clap clap!

tepuk tangan pun Alice dah mahir
tapi Alice tepuk tangan tak ada bunyi
dan tepuk tak seimbang.
bukan dua² tangan yang tepuk.
tapi tangan kanan tepuk
tangan kiri tunggu.
sehala saja dia tepuk :p

daddy feed Alice pisang kat mamak.
hari tu kita duduk kat sebelah meja big boss Hitz.fm, Jakeman & kawan² :p


aktif!
kalau sejak Alice masuk 3 bulan mommy dah kata dia lasak
sebab waktu nak tukar pampers dia golek²
tak tahu duduk diam,
sekarang bila Alice dah masuk 9 bulan
baru mommy tahu apa maksud 'lasak' yang sebenar.

Alice boleh duduk atas baby high chair
pusing mengadap tempat sandar
dan akhirnya berdiri atas high chair tu.
sebab tu kita tak suka baby high chair yang ada tempat pemijak.
baby boleh guna tempat pemijak tu untuk berdiri.

dancing baby
Alice punya step dancing yang pertama ialah angguk kepala.
kalau dia angguk² kepala tu maknanya tengah happy sangat la tu!
tengah menari²!
kalau kita angguk² kepala kat dia
nanti dia ketawa suka sangat² :)

salah satu makanan kegemaran Alice.
mama Su belanja - punya la mahal
sebiji sampai RM7.
Alice kata ni 'avobabo' :p

avobabo
pengasuh di nursery kata Alice dah makin banyak minum susu.
memang nak kena makan solid baru Alice kenyang.
setakat ni dalam satu meal Alice tak makan banyak
cuma boleh habis makanan sebesar kiub ais saja.
main saja banyak
suka panjat sana sini berlatih berdiri.

siapa Eddie?!
dari segi lingustik Alice dah banyak peningkatan juga.
kita boleh dengar bunyi yang sama
bila kita sebut perkataan kat dia
dulu Alice panggil daddy 'Tetey'
tapi ada masanya Alice sebut 'Eddie' :p

bila nak tahu
bila tengok orang
Alice akan tengok sampai senget²kan kepala dia.
tapi kalau dengan orang yang dia tak biasa
kalau kena tegur, Alice tetap nangis.


semoga kita semua sabar & ceria selalu.
semoga semua kurniaanNya disyukuri dengan sepenuh daya
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...