damdiduuu

Wednesday, September 14, 2011

berjalan santai di laluan memori

kapak tangkap gambar ni 17 Julai 2009 guna hp dia SE K850i kat awe. tulang sibuk sms²

ada rupa cam hantu keluar dari pokok tak?

ya, saya sedar saya paling tinggi dan kasut saya berkilat :D

dengan Bintang Batu - Roland bad mood, hari tu satu hari dia tak senyum!

baru sedar - kawan² Mie semua lawa² kan? :)

Open house Pak Yong. tahun ni bila dia nak buat eh? :D

saya agak punk rock la juga sebab saya pernah bergambar dengan Carbon 4 Teen - yang true punk rockers yang tak senyum!

jejaka kacak yang amat digilai!

abang: haaa ... cam ni baru comel!

Tuesday, September 13, 2011

gig Brown Attack - Oktober 2011?!

dengar² Brown Attack nak main gig pada Oktober 2011.
walau pun awalnya kata tengah kumpul material untuk album baru.

bila eh?! :)
jadi ke?
confirm dah?


video dulu² - Rock Kang² Mei 2010

hmm ... rasanya abang bagi Zaza Si Photographer turun shoot tak nanti eh?
:)

Monday, September 12, 2011

4 babak kalau saya = Zara & abang = Akil

Korang ingat Zara & Akil tu romantik?
Sweet?
Korang belum tengok lagi versi saya & abang!


Zara: (tengok Akil)
Akil: Apa tengok-tengok?! Nak kena tombok?!
Zara: Erk...

Zara: Awak lapar?
Akil: Bagi sini mangkuk tingkat tu! Kau tengok keretapi, dah datang kang cop tempat aku!
Zara: Erk...

Zara: Saya ada ketupat!
Akil: Aku ada chicken chop, nasi tomato, rendang tok, seafood carbonara dengan cream brulee. Kau tau rebus ketupat segera je ke?!
Zara: Erk...

Peniaga: Kueh dah habis kak, abang ni pow!
Zara: Lariiiii! Kang tak pasal-pasal aku lak kena pow!

Hahaha abang kat rumah memang suka buli saya!
Ni la romantik versi punk namanya.
(Nasib baik la jumpa abang time dia dah rupa macam manusia, kalo tak... Reject!)

Selamat hari raya, sayang!
Maaf zahir batin! :D

Sunday, September 11, 2011

Alice pertama kali: Mandi sungai!

Hari ini kita tak ada plan apa-apa.
Selesai beli barang keperluan, abang tanya "Alice dah boleh main air kan? Baju dia ada bawa?"
Baju Alice memang selalu ada bawa dalam beg dia sebagai persediaan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.
Abang bawa kita mandi sungai!

Pertama kali Alice mandi air sejuk!
Dia pelik tengok tempat ni yang banyak sangat air dan belum pandai lagi main-main dalam air.
Alhamdulillah, elok sekejap saja Alice dalam sungai.
Kemudian hujan turun.
Kalau lama, mau demam seselma Alice dibuatnya.

Terima kasih, daddy.
Daddy selalu nak yang terbaik untuk Alice.
Mommy & Alice sayang daddy sangat-sangat!

peliknya tempat ni ada air banyak-banyak!


jom Alice, kita main air nak?!


celup celup celup


basah kuyup dah saya, mommy!


Kiss kiss daddy penyet-penyet!
:)

ketam masak gulai tempoyak

macam mana nak ucap terima kasih kepada suami yang (surprise!!!) masakkan gulai tempoyak ketam yang sangat lazat?
saya sangat terhutang budi!

dah selamat pun ketamnya, tinggal kuah je sempat ambil gambar!


Balik dari kampung dulu bawa balik mangga muda.
Tau-tau abang buat kerabu mangga!
*Kalau makan di luar, saya paling suka kerabu mangga & air kelapa!

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan abang, kurniakanlah padanya rahmatMu yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Amin!

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya berikan
Beginilah enak masakannya
Badan dan nyawa saya serahkan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...