selalunya cari barang anak kat warehouse sale yang dirt cheap
rasanya kalau balik JB tapi tak singgah JPO
macam rugi jugak.
barang anak² yang berbaloi nak beli kat JPO
selalunya kasut.
original Puma/Adidas kasut budak
boleh dapat dalam RM70 macam tu waktu sale.
ikut pengalaman saiz budak lagi senang nak cari
berbanding saiz dewasa biasa
yang selalunya tinggal yang kecik sangat atau besar sangat je.
baju budak?
ada yang murah
tapi kualiti pun sepadan
jenis t-shirt yang kain lembut tapi cepat berbulu.
mahal lagi dari warehouse sale
cuma designer brand.
tak recommended.
(untuk mak² yang jumpa baju anak best kat JPO sila share!)
kali ini bukan nak review barang budak.
boooooring!
:p
selain kasut budak
selalunya kita tengok perfume.
John Galliano perfume
Parlez-Moi d’Amour
antara yang paling wangi
sebab saya suka bau bunga.
nama kedai pun tak ingat tapi kalau tak salah ada 2 je kedai perfume kat situ.
yang ini clearance set
beli yang besar free botol kecik
(lupa pulak nak check berapa oz, maafkan kami penunggu gua!).
RM130
Sebelum ni pernah beli perfume yang murah dan wangi,
Britney Spears
Radiance (label under Elizbeth Arden).
botol bling² pink & soft blue.
murah juga RM90.
kali ni datang lagi murah, RM80
tapi kena beli 2 botol sekali RM160.
potong!
:p
clutch faux skin Victoria's Secret ni ada 2 warna - pink & yang hitam ni.
pink cantik!
tapi sebab nak set Bombshell
beli yang hitam.
(ya, saya guna clutch ni utuk isi barang² dan hari² bawak pergi kerja!)
kenapa nak Bombshell?
sebab recommended by Lisa Surihani :p
memang wangi.
sesuai untuk hadiahkan kepada pengantin!
set dia:
shower gel
body lotion
body mist (eh, bukan perfume pun tapi kira ok la!)
RM81.50
last but not least
untuk isi dokumen tiap² kali pergi bank
beg transparent besar ni.
dalamnya ada beg comel pink
dan perfume Victoria.
walaupun roll on dan isinya sikit
tapi perfume ni jenis yang lebih concentrated & wangi.
Victoria Bag in a Bag
RM66.50
lain²
pernah juga beli designer belt, men's wallet dan jeans yang brand mula dengan huruf "A"
dirt cheap
tapi tak tahan.
pakai sekejap je lepas tu lusuh dah.
hampa!
jeans Levi's boleh dapat bawah RM200
cuma poket dangkal
(sesuai untuk orang yang bawa handbag agaknya)
dan saiz pun macam pelik².
paling potong sekali - sekarang musim jeans-legging
tak sesuai untuk fesyen muslimah.
(pergh! muslimah ada fesyen ke?!
yang makcik tau waktu makcik belajar dulu
muslimah kena pakai pakaian warna daun² kayu yang tak menonjol
dan tak boleh bersolek berlebihan.
tutup aurat, bukan balut aurat.
tudung tutup dada
baju longgar
sebab bentuk badan lagi menggoda daripada rambut.
makcik ni hasil didikan alternative extremist lewat 90-an agaknya)
:p
wristlet Guess RM79.90
rasanya barang murah
tapi berguna yang berbaloi nak beli
(untuk orang yang pandai guna la)!
setakat ni pernah beli faux skin warna beige
untuk isi compact camera.
ok, kualitinya bagus, masih tahan dan cantik :)
cuma wristlet ni memang kena pilih dengan teliti
sebab ia diletakkan kat section clearance
yang ada defect sikit².
handbag Guess pun agak murah
boleh dapat bawah RM300
tapi sampai sekarang belum jumpa yang cantik lagi.
wristlet Kate Spade dalam RM300
wristlet Coach dalam RM500
Michael Kors, Coach dan banyak jenama lain tahap yang riban² punya.
tengok orang lain punya paper bag banyak
La Senza - tak jumpa lagi apa yang murah selain bra 3 RM100
Hush Puppies - kasut yang cantik semua tak ada saiz :(
Carlo Rino, Pedro, etc.²
... kesimpulannya saya shopaphobic
:p
happy shopping!
p/s: ni sebenarnya bahasa Inggeris yang diMelayukan jadi terbalik
clutch faux skin - faux skin clutch atau kluch (?) faux skin :p
section clearance - clearance section atau seksyen clearance
giler kelakar!
:p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment