damdiduuu

Wednesday, June 11, 2014

Penang Trip June 2014

Penang Bridge
masuk sahaja toll RM7
keluar free.


cantik betul pemandangan dari atas Jambatan Pulau Pinang ni.
pagi² kita dengar traffic report atas jambatan mesti jammed
tapi pemandangannya memang cantik
subhanallah!
ada laut luas, ada pulau, ada jambatan baru yang panjang, ada kapal, ada bangunan gah tepi laut.
memang cantik sangat!


We're here!
:D


Royal Hotel Penang, Georgetown

boleh kata Penang trip kali ini
memang agak last minute.
dah siap ada contingency plan
untuk duduk kat Butterworth/ Seberang Jaya saja
sebab hotel kat pulau last² minute (seminggu sebelum trip) mahal sangat.
kalau mahal berbaloi tak apa jugak
ni hotel budget pun dah beratus².

alhamdulillah
kebetulan pada saat² terakhir
terjumpa pulak promo Royal Hotel.
cantik!
validity June 2014 sampai hujung tahun.
booked dan bayar booking fee RM29.76 di website Royal Hotel ni sendiri.
bilik, breakfast dan complimentary car park
RM198.40
tak termasuk 6% government tax
10% service tax
RM3 local government fee
RM100 deposit.



sejak 1 Jun 2014
kat Penang ada compulsory Local Government Fee
kena bayar kat hotel
untuk hotel 4 stars and above
untuk setiap bilik satu malam RM3




Georgetown view

I'm so easy to be pleased.
dapat berus gigi, sikat, sewing kit, cotton bud
pun dah happy dah!
:p

seronok la diorang anak beranak.
mommy je yang tak pandai swim
:p


pro
- king bed selesa
- toilet bersih
- iron, hair dryer, electric kettle, lcd tv, safety box semua lengkap
- sea view cantik!
- breakfast mewah banyak varieties siap egg bar yang boleh order omelette gemuk lazat (abang suka!)
- coffee house untuk breakfast tu service tip top! meja cepat cleared. alert & dedicated. salute staf² situ! :D
- swimming pool tak strict, tak ada lifeguard kerek - kita suka! :p
- changing room yang sangat mewah selesa dekat dengan swimming pool!
- kat parking nak ke lobi ada vending machine jual air murah. Twister Juicy Burst botol kecik RM2 saja. Air mineral kecik sejuk segar RM1

cons
- setiap kali masuk parking kena siap² bayar kat mesin RM10, simpan resit, tunggu waktu check out baru boleh refund
- dari basement parking ke lobby kena naik tangga. bell boy kena request kot

recommended!
kalau tak nak pergi mandi laut kat Feringgi
elok duduk saja kat hotel ni selama kat Penang!
:D

Line Clear
lagi senang parking kat tempat parking macam ni
walau kena bayar sejam RM2.
petak parking tepi jalan semua penuh.


Alice sama macam mommy.
tak makan nasi kandar.
makan meja
:p


Nasi Kandar Line Clear
memang tengah lapar
waktu sampai kat Line Clear ni.
kalau ikut orang tempatan
ada lagi satu tempat yang recommended.
lupa pulak kat mana.
aku tak teringin sangat , cuma temankan abang saja.
Alice pun sama tak masuk dengan menu nasi kandar.

abang kata dulu sini tempatnya tak besar macam sekarang.
dulu pun boleh kata murah lagi.




nak senang ambik gambar street art sekitar Georgetown
on Waze 
cari parking Pengkalan Weld ni
jalan kaki dekat saja
(asalkan tak pergi waktu hujung minggu cuti sekolah tengah hari tengah panas!)

Georgetown Street Art 
satu saja yang potong kat Georgetown ni
iaitu parking.
boleh kata rata² parking kena bayar setiap hari sampai malam.
murah tu memang minimal kadarnya
cuma kita tak tahu kat mana nak cari kupon.
lagi satu
mungkin sebab kita datang hujung minggu
waktu cuti sekolah
jadi parking tepi² jalan memang full memanjang.
pusing punya pusing punya pusing
last² masuk parking field jugak.
alhamdulillah
sempat la tengok itu ini lebih kurang
:)

gambar wajib.
sebenarnya paling susah nak ambil gambar ni.
kena beratur panjang!
jangan harap la kita nak ikut beratur lama² tengah panas ni.
pergi je berdiri kat depan tu, terus ketik.
asal dapat.
Alice dah sibuk nak merchandise apa tah orang jual kat depan tu ...


lagi satu gambar favorite kita.
ada patut kick cat!
:p


comel!
:)


kucing besar.
berseni betul pelukisnya!


apa kena mengena Minion dengan Penang?


bapak budak ni datang je abis jahanam motor bapak aku!
:p



Padang Kota
Tak ada gambar kat Padang Kota.
ramai sangat orang.
traffic congested.
kita parking kejap
lari² tapau.
makan kat bilik.

Awalnya aku cuma tanya abang
nak makan pasemboq kat mana?
Gurney Drive?
abang kata Padang Kota
tapi itu pun berkali² dia cakap mahal.
tak apa la.
kita pun datang nak makan local cuisine
(walau pun aku rasa macam makanan kat Padang Kota tu
standard pelancong je harga dia).

Aku beli pasemboq
ala kadar saja.
sekadar nak rasa.
pilih apa yang aku suka.
paling mewah pun
ada udang besar seekor.
total semua RM11.
rata² aku tengok orang yang beratur depan aku
semuanya budget dalam RM30 sepinggan.
ok la tu.
masak panas² segar.

taste test?
terpulang kepada individu.
rasanya Rojak Asma lagi sedap kot.
abang kata rojak mamak lagi sedap :p
alhamdulillah.
kenyang la makan share 1 garfu.
makan dalam plastik je
(lupa kat bilik tak ada pinggan!).
Alice makan Mister Crab (crab stick)
dengan potato
yang ada dalam pasemboq tu
cuma tak campur kuah.

abang beli char kuew teow.
aku yang pesan mintak belikan sementara aku beratur beli pasemboq.
agaknya orang tengah penat
tau² abang marah²
sebab kena pancung.
char kuew teow sebungkus RM8.
mungkin sebab tu gerai tu paling lengang.
tak ada pelanggan pun duduk kat depan
berbanding gerai lain yang semuanya full house.
tak tahu la sedap ke tidak.
aku tak rasa pun.
abang asyik pesan baca doa betul² sebelum makan
makanan dari gerai tu
:p

T-shirt embossed Minnie beli kat Feringgi Night Market.
Glitters kat tulisan dia stayed on walau selepas machine washed.


Feringgi Night Market
tak ada gambar kat night market
sibuk shopping
(pada hal tak ada beli apa² pun!) :p
rasa terkejut jugak
kenapa banyak imitated designer goods
dijual secara berleluasa kat pasar malam ni.
sebut saja apa jenama nak
boleh kata semua ada.
kita cari t-shirt saja.
tak jumpa pun t-shirt Hard Rock Penang untuk Alice
(eh ini pun bukan barang imitation ke?!) :p
tapi ada satu gerai yang jual t-shirt budak
design comel
dan dia punya bling²/ glitters 
lepas machine washed pun tak tanggal
:)

alfresco breakfast depan swimming pool
memang bukan idea bijak.
nanti budak kecik makan laju², 
tak sabar nak pergi swimming sampai kecut²!



Hydro Hotel Feringgi
nak juga rasa duduk di Feringgi
kita tukar hotel.
berbanding Sabtu
hari Ahad dan hari² lain lagi banyak pilihan hotel yang murah².
harga murah beberapa ringgit berbanding Royal Hotel Penang yang kita duduk sebelumnya

pro
- perjalanan ke Feringgi ni cantik mendamaikan laut luas saujana mata memandang :)
- lokasi dekat, sebelum Holiday Inn/ Hard Rock lagi
- bilik ada balcony dengan kerusi dan meja jadi orang hisap rokok boleh duduk luar sambil surf internet :p
- Miami Beach sea view dengan bunyi ombak :)
- free parking untuk hotel guest
- hari Ahad ada truch: lunch + high tea RM30++ untuk dewasa
- bell boys yang peramah :D
- bilik kita double bed tapi dah siap² memang disusun rapat² depan tv (bila Alice lompat² kat tengah² masuk lubang!) :p
- breakfast mewah juga. siap ada miso soup, banyak jenis yogurt & fruits, beef bacon, nasi ghee, ayam dhal, etc. cuma abang kata egg bar kat situ staff dia tak berapa peramah sangat. omelette pun kurus nipis je :p
- first time pergi hotel yang buffet breakfast ada iced Milo! fuuuu ... rasa mewah betul! (yeah, I'm easy to be pleased!)

cons
- abang complained toilet busuk. air panas, bath tub ok je.
- setiap floor ada ironing room, tak ada iron disediakan di setiap bilik
- swimming pool strict. life guard sampai 3. budak² pun diorang suruh tanggal t-shirt
- kita dah spoiled oleh Royal Penang jadi bila duduk sini macam dah tak giddy sangat :p

boleh pergi swimming pool
atau terus ke pantai.
Alice? jangan harap dia nak pergi mandi laut
lepas terminum air kat PD dan complained
"... air laut manis!"
:p

someday ...

lifeguard ni kata baju Lonsdale yang abang pakai tu baju motor :p
asal Alice boleh swimming kita ok je.

bukan setakat kuak lentang,
tapi siap boleh berenang sambil kepala baring kat training float lagi!
anak sapa la tu ...


asalkan dapat pergi swimming pool,
lompat² atas katil sambil tengok kartun,
makan koko krunch dengan susu,
dah perfect dah Alice punya vacation ...


Penang Hill/ Bukit Bendera
rasanya selain Georgetown Street Art
orang yang datang Penang
nak naik Bukit Bendera.
adik dah warned sebelum ni
beratur setengah jam
naik train 5 minit.
redah!
pergi je la
dah balik nanti baru boleh cakap
"tak ada apa pun"
janji dah sampai
:p

dewasa dengan MyKad RM8
kanak² 4 tahun baru kena bayar.
ada juga Family Package.
ya, lebih kurang beratur setengah jam atau lebih
naik train 5 minit

Myo tak sempat nak lompat ...

bila tengok abang Myo red hair lompat
Alice pun nak lompat jugak!
:p

nampak Komtar
(sebab bangunan² lain tak tau nama apa)
:p

kat atas Bukit Bendera ada restoran,
muzium burung hantu,
dan banyak tempat² cantik untuk ambil gambar.


bad influence
ajar Alice pose jelir lidah
=E


nanti kita bawak rantai kapal kunci kat sini eh!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...