damdiduuu

Tuesday, January 7, 2014

perkembangan Alice: 2 tahun 9 bulan

lebih kurang lagi 3 bulan nak masuk 3 tahun.
Alice sekarang dah full fledged kanak².


necklace Alice pukul 9!

masa Alice bad mood
meragam
mommy nyanyikan 1 lagu
dengan sepenuh perasaan
jiwa raga
siap gaya semua la.
lagu maPi masa sekolah tadika.
lagu Currant Bun.

terus hilang bad mood Alice.
dia suka
tapi macam tak faham je
jadi mommy nyanyi lagu Bahasa Melayu
baru bersemangat Alice sing along
especially part "bulat jemuk atas ada jula"
original version "round and fat with sugar on the top"

line tu dah jadi mommy punya "its' a smal² world"
terngia² kat telinga
tak boleh hilang.
 ... bulat jemuk atas ada jula!
:p


nak tengok apa, pergilah
mommy bagi masa.
ini cara Alice belajar.
janji hands down
tengok saja
tak boleh usik.

pelat
kawan sekolah yang nama Ikhwan
dulu Alice panggil "Pokai".
Giler jauh beza bunyi!
sekarang Alice panggil "Ikan",
tapi kalau mommy tanya kawan dia tu nama Ikan ke?
Alice kata bukan
(Alice je boleh sebut pelat, orang lain kena panggil Ikhwan!)

comel je dengar
bila hidung banyak hingus, Alice kata dia "seme seme".
bila mosquito gigit, tak boleh "gayuk sampai bedayah".
bila tanya hari ni hari apa, Alice jawab "Jumhahat".
bila tak pasti, Alice jawab "Tak tauwu".
bila Alice minta susu, mommy pelik kenapa nak tisu :p
ada masanya, terutama bahasa Inggeris mommy sebutkan pronunciation yang betul
(tak perlu kata salah, cuma kita ulang dengan sebutan yang betul)
tapi biarlah.
pada tahap ini biar Alice berbual
luaskan kosa kata
sampaikan perasaan dalam bentuk perkataan
biar dia luahkan apa yang dia nak kata.
dari masa ke masa kita baiki sebutan.

ya, memang!
mommy nak Alice jadi si extrovert yang tak takut nak bercakap :)
survival skill yang paling penting dalam hidup ini ialah kemahiran berkomunikasi!

oh ya,
selalunya budak² yang pergi taska
nahunya lebih luas daripada budak yang dijaga pengasuh.
kita boleh nampak pengaruh rakan sebaya.
bila frustrated, Alice kata "Suka hati awak lah" :p
bila malas nak layan Alice kata "Iye la tu" :p
bila suap makan, Alice kata "My turn! My turn!"
walau pun mommy suap dia seorang saja :p


menyanyi, melompat, berbual, ketawa
cara paling seronok untuk belajar
:)

kertas yang Alice buat lukis² dengan pensel warna
daddy lipat² jadi aeroplane. 
itu pun boleh main sampai suka hati! 
:)


sebelum masuk sekolah pagi²
main gimnastik dulu.
mommy cheers dan puji Alice.
mommy peruntukan masa dalam 10 minit untuk spend time sama² 
sebelum mommy pergi kerja hari²
:)



negatif
satu perkara
yang mommy nak bina sangat² pada Alice
ialah self esteem.
mommy nak Alice berkeyakina.
berketerampilan.
berani.

mommy tak nak Alice rasa rendah diri.

faktor tu la yang menyebabkan
mommy selalu hug dan puji
bila Alice berjaya buat sekecik² perkara.
mommy nak Alice rasa bagus
bila dia boleh buang sampah dalam tong sampah,
letak baju kotor dalam laundry basket,
keep toys,
lukis cantik² (walau pun selalunya mommy tak faham apa yang Alice lukis!),
salam orang yang Alice anggap strangers
dan perkara² trivia lain.

mommy beritahu Alice cantik,
Alice kuat,
Alice pandai,
Alice princess.
mommy ajar Alice duduk macam princess,
dancing macam dancer,
catwalk macam model,
posing comel².
mommy ajar Alice cakap
"sepet la cantik!"
mommy ajar Alice calit thumbs (set)
lepas set, calit nose pulak (hahaha macam gangster kan!)
sebab mommy nak Alice rasa diri dia cool, berani dan tak 'malu yang tak bertempat'.

mommy sedih sangat bila dengar
orang lain kata anak dia
gemuk/ debab/  hitam/ rongak/ jongang/ gagap/ botak/ kuat nangis/ penakut

walau pun perkara tu betul!

untuk Alice, no way!
walau apa pun kekurangan Alice
mommy fokus pada kelebihan Alice,
galakan dia buat perkara baik
dan perbaiki apa yang perlu.

bina self esteem
bayar sendiri barang kat cashier
Alice paling segan dengan abang cashier Nasi Kukus Ilham, Mutiara Damansara
tapi ayam goreng kat situ yang Alice paling suka
(ehem! lepas ayam goreng daddy!)
:D

jalan sendiri.
daddy selalu bagi Alice peluang main apa² yang dia nak kat playground.
thank you, daddy!
:)

naik tram keliling taman.
paling berbaloi bila tengok muka happy ni
:)

buku favorite Alice!
maSu beli kat Big Bad Wolf.
buku sticker.
puas hati Alice main tampal sana sini.
bagi chance.
dah siap main baru sama² kemas 
:)

gizi
sekarang Alice makan apa yang kita makan
cuma versi tak pedas.
kecuali potato chip
pernah kita dapat sample potato chip yang pedas kat Jom Heboh
Alice makan dengan jayanya
... sambil bersulam air kosong
- masa tu la yang terbanyak Alice minum air kosong! :p

Alice makan nasi satu pinggan kanak² isi penuh
(pinggan bentuk love gambar princess - maSu bagi!)
lepas makan nasi kena minum air.
kalau tidak nanti Alice minta nak makan lagi
pada hal dia dah kenyang.

air kosong malam² nak lena baru banyak Alice minum.
dalam botol,
selepas minum 3oz susu.
tu cara paling senang nak tidurkan Alice.
waktu lain susah sikit nak suruh Alice minum air kosong.
nak Ribena memanjang
kecuali masa tengok mommy minum air suam.
itu Alice suka mintak! :D

surprisingly, selain daripada ayam goreng
Alice suka makan ikan!
(tak macam mommy!) :p
mungkin sebab kat sekolah selalu makan ikan.
sayur kurang.
buah terbaru yang Alice suka - epal.
sebiji potong 8, buang kulit & biji.
(tak macam mommy juga!) :p

susu masih bekal ke sekolah
5oz x 2 botol.
di rumah sebelum tidur 3oz.
weekend sebelum nap 3oz.
dari HL sekarang kita cuba pasteurized Dutch Lady 
(yang simpan kat tempat sejuk, cepat expired).
setakat ini ok saja Alice tak ada komplen.

bad habit
kalau makan kat luar
lepas makan nanti nanti Alice nak makan ice
... sapa la ajar ni!
(nanti Alice jawab "Daddy!")
:p

kita tak ada bagi Alice minum susu tepung kat rumah
tapi kalau ada orang bagi promo sample kat pasar raya
kita tak kisah.
janji Alice ambil dengan cermat
cakap thank you
dan kemudian buang paper cup dalam tong sampah
kita ok je
:)

bila koko krunch dah habis
(selalu bawa bekal dari rumah)
Alice lagi suka sarapan kat sekolah.
bagus tertib je rupanya bila budak² makan kat sekolah.
kat rumah je tak boleh duduk diam!
:p

hobi baru
satu perkara yang mommy under estimate
ialah kesan majlis pernikahan Aunty Aisyah, adik daddy.
di majlis tu mommy dengan Alice
kebetulan berpeluang tengok Aunty Aisyah tukar persalinan
selepas bersanding 
untuk upacara potong kek.
sejak hari tu Alice suka tengok pengantin!
jumpa pengantin tengah jalan pun 
Alice boleh salam dan ucap selamat pengantin baru!
(selalu kita pergi playground kat Tasik Perdana ada ramai pengantin buat outdoor shooting).

sayu pulak mommy
kecik² lagi Alice dah bersolek cantik²
nak jadi pengantin!

satu lagi hobi baru Alice
ialah take photo!
sejak Alice pandai unlock hand phone mommy
suka la dia ambik gambar mommy & daddy!
puas la kita suruh dia ambil gambar lain pulak
toys ke, buku ke ...
sapa punya perangai la yang dia ikut ni
:p


salah satu hasil kerja artistik Alice
macro bekas bekal.
tau² kapasiti memory card mommy
dah boleh ambil 11 gambar je lagi.
(daddy belikan kad 8GB tu!)

hobi lama
masih lagi suka main kat playground sampai tak nak balik rumah.
rata² kat sana ramai mak² yang temankan anak main.
mommy bertuah sebab daddy yang suka bawa Alice pergi playground.
thank you, daddy!
:)


inilah sebabnya kenapa perlu interaksi sihat dengan ibu dan ayah.
kalau dengan mak² nanti main manja² saja.
dengan ayah baru main ganaz²
:)

oh ya, jangan cakap "jangan!"
sebab yang itu la yang budak² suka buat!
waktu baby, Alice pernah pegang lampu spotlight kat display di One Utama.
sakit! panas!
 tak serik pun.
dia cuba pegang juga lampu lain
nak tengok panas ke tidak
-________-

itu bird siapa?
Alice jawab itu bird daddy dengan mommy dengan kakak.
subhanallah!
musim hujan hujung tahun 
burung ni datang buat sarang kat penyidai depan rumah.
kita giggle² perlahan²
tutup grill dan pintu perlahan²
tak nak takutkan burung ni.
nikmat yang kita tak jangka.
alhamdulillah!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...