damdiduuu

Thursday, July 4, 2013

light for low ceiling

sejak bulan lepas
banyak kerja tertangguh
sebab excited nak buat projek besar.
bukan besar pada volume atau harga
tapi besar sebab seronok
:D

antaranya ialah pilih lampu
(pilih je baru, belum masuk bab beli lagi!)

antara lampu yang nak dipilih
ialah untuk siling rendah.
bilik tidur
yang boleh dicapai silingnya
kalau orang dewasa yang tinggi
berdiri atas katil.
kalau budak² nakal lompat² atas katil pun boleh capai jugak :p
rendah kan?

nak pilih lampu kalimantang panjang
atau lampu bulat yang melekap kat siling tu boleh je.
tak ada masalah,
tapi jom tengok dulu apa available options
:D

faktor pemilihan
1) budget
2) lampu yang nipis/pendek, tidak berjurai²
3) senang dijaga (tak mudah habuk terperangkap)

are you ready?
feast on! 


lampu ni saiznya kecik.
cuba bandingkan saiz tanda harga yang kuning tu dengan diameter lampu
kecik kan



lampu gabungan mentol biasa
dan juga LED.
yang ni paling cantik & murah kan?
:)





selain daripada yang bentuk bunga²,
bulat
dan lampu tertutup yang biasa
sekarang ni dah banyak keluar lampu yang sekali dengan LED
trend bentuk daun².
memang cantik tapi harganya mahal sikit berbanding lampu biasa



 






2 lampu terakhir ni nampak macam sama kan?
cuma bezanya ada 1 lapisan daun
atau 2 lapisan daun
beza harga RM40.


*nak pilih yang mana 1?
mesti la yang paling cantik.
mana yang paling cantik?
ikut cita rasa masing² :)

*lampu disusun ikut harga
walau pun tak banyak beza
kita kena tengok the bigger picture juga.
kalau nak beli 1 lampu saja ok la
tapi kalau nak beli lampu, kipas, suis, tiles, langsir
kena budget juga jimat cermat.

*harga lampu tak termasuk bulb dan upah pasang/ wiring

*harga pada Julai 2013


*nak beli kat mana?
tag harga kuning: Houses of Lighting, Puchong
tag harga putih: Top Ten Lighting, Puchong

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...