damdiduuu

Friday, June 28, 2013

untuk emak :)

13 Jun 2013
mak dah masuk 58 tahun.
mak mertua.
arwah mak dulu birthday tengah² tahun
15 Jun.
al Fatihah
:(

orang kata orang yang birthday dekat²
sama bintang kelahiran
perangai sama.
iya ke?
macam lain je.
abang kata mak peace punk :p
mana nak cari mak mentua anarcho! :p

kita balik hujung bulan.
sempat jumpa mak beberapa minit saja.
balik mengejut kebetulan ada rezeki.
abang kata tak sempat nak belikan mak barang yang nak dia bagi.
tak apa la
ada rezeki kita jumpa lagi.

kerepek best
dekat nak puasa
dekat nak raya
aku lagi suka beli kerepek
berbanding kuih raya yang manis².
abang pulak
katanya kerepek yang orang jual
tak boleh lawan kerepek emaknya.
memang betul pun!
pernah sekali
kita balik JB
penat² tidur
bangun pagi tau² emak dah siap masak selambak kerepek pisang.
kita pun sama² rebut² kerepek best.
(Alice masa tu sibuk dung² chey main penimbang nenek)
:p

tahun ni mungkin mak tak buat kerepek.
biar la mak rehat.
mak pun dah tak kuat mana lagi.
mesti ada beza waktu muda² dulu
dengan sekarang dah 58 tahun.





siapa kau?!
rasanya perbezaan terbesar
antara mak dengan arwah mak
ialah mungkin arwah mak ada 4 anak perempuan.
satu rumah semua perempuan saja.
jadi kita membesar dalam suasana feminin.
ada sekali tu
aku ingat lagi
mak tanya sesuatu (dah tak ingat hal apa)
dengan muka serius.
mak panggil aku 'kau'.
terus aku protes.
kenapa cakap 'kau'?
marah sangat ke?
benci ke?
terus tergelak mak.
sejak hari itu mak panggil 'zac' atau 'angah'.
kita kat rumah memang biasa cakap lembut² bersopan.
tak guna bahasa yang kasar.
tak guna perkataan yang negatif
(aku ingat lagi mak tegur masa kecik²
bila marah adik 'bodoh'
nanti adik orang lain pandai
adik kita bodoh.
nak?!)

mak ni pulak
lebih santai.
aku tak ada masalah
sebab orang lain, lain cara dia.
cuma mak ni sama dengan abang.
dia boleh cakap kasar
tapi dia nak orang layan dia dengan lembut.
mungkin jugak faktor umur
mak dah cepat terasa bila orang bunyi kasar sikit ...

ada lagi
mungkin juga sebab aku dah tak ada mak kandung
tak sama dengan orang lain yang masih ada mak.
bila mak dah tak ada
baru aku lebih menghargai.
pandang muka mak: pahala
borak dengan mak: pahala
sukakan hati mak: pahala
abang jumpa dengan mak: pahala
Alice duduk sebelah mak: pahala
urut kaki mak: pahala
sikatkan rambut mak: pahala
jaga mak: pahala
doakan mak: pahala

mak cantik
sebab tu agaknya adik beradik abang & Alice semua cantik²
:)

ada banyak perkara yang aku tak mampu buat.
yang kecil² masih aku usahakan.
aku cuma harap yang terbaik.
nothing but the best.
untuk mak.
untuk abah.
untuk kita sebagai mak abah anak² kita.

happy birthday, mak
happy everyday
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...