damdiduuu

Friday, June 28, 2013

untuk emak :)

13 Jun 2013
mak dah masuk 58 tahun.
mak mertua.
arwah mak dulu birthday tengah² tahun
15 Jun.
al Fatihah
:(

orang kata orang yang birthday dekat²
sama bintang kelahiran
perangai sama.
iya ke?
macam lain je.
abang kata mak peace punk :p
mana nak cari mak mentua anarcho! :p

kita balik hujung bulan.
sempat jumpa mak beberapa minit saja.
balik mengejut kebetulan ada rezeki.
abang kata tak sempat nak belikan mak barang yang nak dia bagi.
tak apa la
ada rezeki kita jumpa lagi.

kerepek best
dekat nak puasa
dekat nak raya
aku lagi suka beli kerepek
berbanding kuih raya yang manis².
abang pulak
katanya kerepek yang orang jual
tak boleh lawan kerepek emaknya.
memang betul pun!
pernah sekali
kita balik JB
penat² tidur
bangun pagi tau² emak dah siap masak selambak kerepek pisang.
kita pun sama² rebut² kerepek best.
(Alice masa tu sibuk dung² chey main penimbang nenek)
:p

tahun ni mungkin mak tak buat kerepek.
biar la mak rehat.
mak pun dah tak kuat mana lagi.
mesti ada beza waktu muda² dulu
dengan sekarang dah 58 tahun.





siapa kau?!
rasanya perbezaan terbesar
antara mak dengan arwah mak
ialah mungkin arwah mak ada 4 anak perempuan.
satu rumah semua perempuan saja.
jadi kita membesar dalam suasana feminin.
ada sekali tu
aku ingat lagi
mak tanya sesuatu (dah tak ingat hal apa)
dengan muka serius.
mak panggil aku 'kau'.
terus aku protes.
kenapa cakap 'kau'?
marah sangat ke?
benci ke?
terus tergelak mak.
sejak hari itu mak panggil 'zac' atau 'angah'.
kita kat rumah memang biasa cakap lembut² bersopan.
tak guna bahasa yang kasar.
tak guna perkataan yang negatif
(aku ingat lagi mak tegur masa kecik²
bila marah adik 'bodoh'
nanti adik orang lain pandai
adik kita bodoh.
nak?!)

mak ni pulak
lebih santai.
aku tak ada masalah
sebab orang lain, lain cara dia.
cuma mak ni sama dengan abang.
dia boleh cakap kasar
tapi dia nak orang layan dia dengan lembut.
mungkin jugak faktor umur
mak dah cepat terasa bila orang bunyi kasar sikit ...

ada lagi
mungkin juga sebab aku dah tak ada mak kandung
tak sama dengan orang lain yang masih ada mak.
bila mak dah tak ada
baru aku lebih menghargai.
pandang muka mak: pahala
borak dengan mak: pahala
sukakan hati mak: pahala
abang jumpa dengan mak: pahala
Alice duduk sebelah mak: pahala
urut kaki mak: pahala
sikatkan rambut mak: pahala
jaga mak: pahala
doakan mak: pahala

mak cantik
sebab tu agaknya adik beradik abang & Alice semua cantik²
:)

ada banyak perkara yang aku tak mampu buat.
yang kecil² masih aku usahakan.
aku cuma harap yang terbaik.
nothing but the best.
untuk mak.
untuk abah.
untuk kita sebagai mak abah anak² kita.

happy birthday, mak
happy everyday
:)

Thursday, June 27, 2013

small storage for small room

sambungan entry yang lepas

cantik kan? :)
ada beberapa saiz.


comel comel comel!
:)

untuk pilihan gantung


bekas ni bagi idea untuk buat ruang apple theme!
:D


bekas ni best sebab transparent
dan ada pembuka quick access di atas.


bakul sampah mini
belum pilih yang mana satu lagi.
rambang mata sekejap :p


selain storage option
ada bingkai gambar macam² jenis kat sini
daripada A4 size
A5 size
dan 4" x 6"

rupanya ada juga jual USB iPhone4 charger (warna pink tu!),
micro SD reader
card reader

notice board.
sesuai sangat untuk kaki DIY!


semua barang ni ada kat Daiso The Curve.
imported from Japan
(eh, ada barang made in Korea for Daiso Japan!)
setiap barang RM5.
jangan tanya harga
lempang kang!
:p

Wednesday, June 26, 2013

idea deco bilik tidur: white room 'ala Paris

bilik yang kecil
sesuai guna perabut dan kelengkapan berwarna putih
untuk beri kesan kawasan yang lebih luas.

elemen warna² garang
sama ada fuchsia atau shocking pink
boleh diterapkan dalam soft furnishing
seperti langsir, cadar, bantal atau area rug.

key item untuk bilik tidur:
- katil/tilam
- wardrobe/chest drawer (lebih jimat ruang)
- tempat penggantung
- night light
- side table
- meja solek/ cermin (lebih jimat)
- bakul sampah kecil

penggantung
- lebih jimat ruang jika guna chest drawer
berbanding almari besar
untuk bilik yang tidak selalu digunakan.
- penggantung perlu untuk
* tuala
* pakaian yang telah dipakai (gantung sementara)
* pakaian yang disangkut di hanger
- ada pilihan penggantung
* berkaki (perlu yang stabil)
* gantung di atas pintu (tak perlu bertukang, beli terus gantung)
* gantung di dinding (paling jimat)

penggantung belakang pintu
10 hooks
RM2.30

penggantung cantik feminin
3 hooks
RM17.90


instant storage
- keperluan lazim di bilik
* letak dompet, kunci, beg tangan kecil
* mobile phone charging station

DIY: shelving unit RM12.90, bracket RM39.90

pretty garden pot
RM9.90 each

lampu tidur
- untuk hiasan atau pencahayaan tambahan

mini Eiffel Tower
lagi cantik kalau terendak dihias dengan warna garang
RM35

side table
- untuk letak night light

ruang terbuka jadikan bilik lebih luas
berbanding side table bentuk kotak
RM49


jam dinding
- bukan keperluan tapi boleh jadi statement of art


cantik tapi tak boleh nampak jelas dari jauh
RM59

design yang lebih ringkas dan praktikal
RM9.90


akesori lain

gambar
- sesuaikan dengan tema bilik
boleh jadi gambar yang berkenaan kenangan yang penting dan istimewa

Big Bang London
RM16.90

bingkai gambar
- paling sesuai untuk mereka
yang lebih suka gantung gambar ahli keluarga sendiri
berbanding lukisan² atau kraf lain

 foto 4" x 6" 2 keping bercantum
RM7.90

12 keping foto 4" x 6"
(lingkungan RM32, tak ingat harga sebenar)

bingkai hitam kemas
RM2.90


cermin
- memberi keluasan tambahan pada ruang
selain kegunaan asas untuk bersolek :)

cermin solek pembesar
RM6.50 dan RM4.50


cantik detailing kat bingkai cermin ni
tapi lebih sesuai diletak melintang untuk hiasan ruang makan
RM33

simple minimalist
RM24.90

smaller version
RM19.90

bakul sampah kecil
- untuk sampah² kering
sementara belum dibuang daripada bilik

chic!
RM6.90


hiasan² lain


vas untuk bunga segar
bukan pilihan ibu² yang ada anak kecil :p
RM16.90

bekas lilin
RM16.90

rak surat
RM35

hiasan meja
penggantung foto/momento
RM1.80

p/s: kad sebagi skala, bukan iklan Tesco :p

p/p/s: lagi idea barang untuk bilik kecil kat sini

Friday, June 21, 2013

macam mana nak lukis doreamon?


Ahad minggu ni
kawan pejabat mommy
akan ke Rumah Kanak² Tg Budriah Cheras
untuk mengajar komputer.
dalam dia tengah sibuk²
dia tanya mommy - apa nak suruh budak² tu buat.
mommy pun cadangkan supaya lukis doraemon.

asalnya nak lukis guna Paint
tapi mommy lagi suka guna MS Words dari Paint :p
bila dah cuba
rupanya kena ada advance skill juga
nak lukis dan warna doraemon guna MS Words.
kalau lukis guna Paint lagi senang nak warna rasanya.

so how?
korang pandai lukis doraemon?
:)

*MZ = mommy Zac :D

baby portrait

menjelang Alice masuk umur 2 tahun
mommy bercadang nak buat photo shoot 
merakam perubahan Alice
dari baby ke kanak²
:)

setakat ambil gambar tu hari²
tapi family portrait susah sikit.
kebetulan bila jumpa kupon murah on line
terus kita buat appointment.


mula² pilih dan pakai costume

cantiknya tutu!
mommy ingat dulu Alice suka sangat menari ballet
kat Lil Big Club/Hello Kitty Town.

masuk dalam bilik 
nak shooting
Alice macam dijangka tak mahu dengan orang.

apa pesen senyum macam ni ...

gambar ni ada tanda gigi
sebab Alice dah gigit 
sebelum mommy scan gambar.
daddy kata Alice gigit sebab nak makan lollipop.

family portrait.
budak kecik yang mahal senymannya
:)

Kalau ikut orang yang selalu shooting baby atau budak²
diorang akan ambil masa
sebab budak² sama macam pet
yang tak boleh dijangka perangainya atau moodnya.
Mungkin disebabkan kita beli kupon murah
photography session ni siap ikut time
dan tak ada satu pun gambar Alice yang tersenyum riang.

walau kita tak add in apa²
atau print kuantiti lebih
atau order untuk touch up
masih juga kita kena tunggu 2 minggu
untuk dapatkan print out 5 keping gambar ni.
parking pun susah nak dapat kat area tu.

... hmmm sepadan la dengan harga yang kita bayar.

Studio gambar Kid's World Studio, Cheras.
RM38 harga kupon on line (kalau tak salah la, cerita ni pun dah lama peram!)
4 keping gambar 4R
1 keping gambar 8R
nak lebih gambar, nak soft copy, nak touch up, nak gambar yang ada protector kat depan - kena tambah $$

Thursday, June 20, 2013

Dr Martens - The Garden, Mid Valley

beberapa bulan yang lampau :p
kita ke Mid Valley cari mary jane


ni apa?


tak banyak choice mary jane kat sini
yang cherry  pun tinggal saiz besar saja


yang ni murah sikit kalau tak salah
dalam RM300++


tak focus la pulak 
:p

yang hitam ni cantik kan
:)

sekadar hiasan.
boots tidak diluluskan oleh badan penapisan
:p

masa kita datang 
ramai yang try 8 holes yang purple tu



yang Made In England
harga RM1,200++




ehem!
Alice nak boots?

apa boleh buat
tak ada jodoh
yang ada saiz tak selesa pulak
(kaki tak chaos kot)
:p

p/s: foto dah lama peram.
harga pun tak ingat.
rasanya sekitar RM500 - 600.
yang made in England tu memang riban² punya.

p/p/s: selain boots, ada juga jual polish (warna hitam, natural atau red cherry) dan sponge untuk gilap boots.
harga dah tak ingat :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...