damdiduuu

Thursday, January 3, 2013

jus buah atau minuman buah²an?

dah lama aku tertarik kepada satu iklan di surat khabar.
selalunya iklan
walau pun siap ada testimonial pelanggan
memang susah aku nak percaya
sebab aku sendiri anatra lain, kerja buat iklan.
boleh tulis apa yang kita nak (ada limitation tertentu)
dan setakat testomoni kat tv tu
kita boleh panggil sesiapa saja
dan tuliskan skripnya.

satu iklan ni buat aku tertarik
sebab walaupun tujuan nak menjual produk
tapi very subtle.
tak ada hard selling.
malah boleh menambahkan pengetahuan.
kudos Peel Fresh!

aku yakin iklan ini keluar
dengan munculnya Tropicana Twister (paling mahal tapi sedap, manis, ada pulp besar²!)
dan Minute Maid (murah sikit)
dalam pasaran
dan dah termakan market segment Peel Fresh ini.
berkesan atau tidak iklan ini
pengguna yang menentukan.
yang aku suka
ada fakta di dalamnya.
berguna untuk ibu²
dalam memilih sumber minuman yang lebih berkhasiat untuk sekeluarga.


iklan Peel Fresh

label
jus buah² bertulis FRUIT JUICE DRINK
minuman buah²an berlabel FRUIT DRINK

kandungan
jus buah² mengandungi tidak kurang 35% jus buah
minuman buah²an hanya mengandungi 5% jus buah - walau pun ditambah pulp/ sacs

cara simpanan
jus buah² mesti sentiasa disimpan dalam peti ais
sebab ia berpastur dan segar
minuman buah²an cuma disejukkan semata² supaya sedap diminum sejuk

tarikh luput
jus buah² mempunyai tarikh luput yang singkat
kerana ia berpastur dan perlu mengekalkan kesegaran semulajadi
minuman buah²an boleh disimpan tanpa disejukkan selama berbulan²

contoh
jus buah² Peel Fresh
minuman buah²an Tropicana Twister, Minute Maid (ada yang 5% jus sahaja)

jika anda nak menikmati
kesegaran dan kebaikan jus buah²an
dengan kandungan jus buah yang lebih tinggi
maka pilihlah FRUIT JUICE DRINK
:)

p/s: yang sebaiknya, apa² yang dipaparkan dalam iklan
turut diletakkan sumbernya
macam dalam iklan ini.
baru betul.
tak la suka hati tulis 'terbaik di dunia'
tapi tak ada kajian atau fakta yang menyokong,
cuma self proclaim saja.
masuk bakul angkat sendiri
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...