damdiduuu

Sunday, April 29, 2012

viral infection 2.2: baby Alice demam lagi

dalam masa setahun hidupnya
baby Alice demam 2 kali.
kalau sebelum ini ok
senang sembuh
tapi kali ini lebih mencabar


semoga cepat sembuh!

kronologi

rabu 25/4/2012:
Alice balik dari nursery
rasa macam kepalanya agak panas.
ingatkan daddy nak mandikan Alice
rupanya tunggu mommy juga.
itu ini itu ini
malam tu dah pukul 8 lebih
tak jadi mandikan sebab dah lewat sangat
tak mahu Alice kena selsema mandi lewat².

khamis 26/4/2012
:
viral infection 2.0!
bangun tidur saja perasan
Alice demam.
kesian Alice
:(

jumaat 27/4/2012:
hari ni birthday pertama Alice.
masih tak baik demam.
mommy bawa Alice pergi office
sebab rasa bersalah lama sangat cuti
Selasa dah mc sebab mommy gastrik
Rabu kerja
Khamis cuti Alice demam
Jumaat bila bawa Alice ke pejabat
boss kasik balik :p

sabtu 28/4/2012:
syukur sangat² demam Alice dah baik.
tak habis² itu saja yang mommy ucapkan
memang lega sangat²!

malangnya bila dah baik demam
timbul pula batuk dan selsema.
namun syukur sangat² Alice tak demam lagi,
besar betul rasanya nikmat sihat tu!

ahad 29/4/2012:
viral infection 2.1!
malam tu suhu badan Alice naik paling tinggi
sampai 39.1
sampai keluar ruam merah² kat badan
ingatkan kena demam campak.
mujur doktor kata cuma ruam panas.

isnin 30/4/2012:
sepatutnya Alice ambil suntikan setahun hari ni
tapi masih demam.
tunda dulu suntikan imunisasi.

selasa 1/5/2012:
cuti hari pekerja.
menjelang malam baru demam Alice sembuh.
syukur alhamdulillah!

rabu 2/5/2012
:
syukur Alice sudah baik demam.
di nursery Alice cuma minum 2 botol susu
lagi 2 botol tak berusik

khamis 3/5/2012:
viral infection 2.2!
dari malam dah terasa suhu badan Alice naik.
menjelang pagi makin teruk
sebab Alice tak henti² menangis
dan asyik nak menyusu saja.
tak macam sebelum ni demam tapi masih aktif macam biasa.

pagi lepas mandi turun sikit suhu,
kemudian naik semula.
pukul 4 petang baru normal suhu badan Alice.

jumaat 4/5/5012:
hari ni birthday mommy.
rasanya suhu badan Alice dah stabil
tapi kita masih berjaga².
mommy pula rasa nak demam :p
daddy awal² lagi dah berjangkit batuk daripada Alice :p


waktu Alice baik demam sekejap
sempat juga kita bawa Alice jalan²
:)

punca demam
awalnya Alice demam
kita suspect berjangkit di nursery.
tak sempat pula nak tanya siapa yang deman di nursery

kita juga perasan di hairline Alice ada jerawat
mulanya nampak macam jerawat nasi
pecah 1
timbul lagi 1
dua² sembuh
kemudian muncul 1 yang besar
yang ini tak ada mata.

kata doktor Alice demam sebab ada bisul tu kat kepala.
besar sangat, katanya.
kalau mommy tau, awal² lagi mommy lumurkan dengan krim Bacto.
kita ada krim ni sebab dulu Alice pernah berjangkit bisul.
di nursery ada baby yang tumbuh bisul di hidung
Alice berjangkit di ketiak
waktu jumpa doktor, mommy bawa baju Alice yang dah berdarah di ketiaknya
sebab bisul dah pecah.
waktu tu la doktor beri (bayar mahal ni tau!) krim Bacto warna biru.

kata doktor dalam masa 2 hari lagi bisul akan pecah
masalahnya kita tengok tak ada mata pun
bisul memang tak pecah
tapi mengecil.
sampai sekarang kita berhati² sementara bisul tu masih ada
:(

no drink water!
selalu kalau orang dewasa yang demam
digalakkan ambil wudhu
dan banyak² minum air kosong
selain daripada makan ubat
supaya cepat suhu turun.

malangnya mommy tengok
bila Alice demam
dia langsung tak mahu drink water.
bila minum sikit air kosong
dia akan sembur keluar semula :(

mujur Alice nak menyusu macam biasa
alhamdulillah ...

kemahuan sendiri
semakin Alice besar
semakin banyak perkara yang Alice nak buat
semakin hari ada saja pendapat dan kemahuan dia sendiri.
waktu bayi dulu
bila suhu naik saja
kita terus balut kepala Alice dengan kain basah.
bila dah masuk umur setahun
Alice tak mahu kain basah.
dia ada kecenderungan dia sendiri.
tak apa la sayang,
tak mahu balut kepala dengan kain basah
mommy basahkan saja rambut Alice setiap masa
biar sejuk sikit.

tu yang tidur jadi tak lena.
malam² bila terjaga saja terus periksa macam mana keadaan Alice.
kalau rambut dah agak kering
tuang air kosng yang disimpan dalam botol susu
sampai basah rambutnya.
diusap² dengan selawat syifaa
semoga yang panas disejukkan
yang sakit disembuhkan ...

tak mau makan ubat
sejak lahir Alice minum susu ibu
bila diberi ubat yang rasa pelik
Alice tak mahu.
tak mahu langsung!
bila dipaksa
Alice menangis²
dan kemudian muntah.
bukan sekali
bukan 2 kali
malah SETIAP KALI beri makan ubat pun perkara yang sama juga berlaku.

muntah sebab bila dipaksa
Alice tersedak
dan dia akan muntah.
keluar susu dan lendir selsema dan kahak.

sampai la viral infection 2.2
baru Alice nak makan ubat.
Alice masih menangis
tapi lama² Alice buka mulut
dah rasa ubat.
makan.
lepas dah habis ubat
siap mommy beri Alice hisap picagari lagi
suka je dia
:p

mommy cuti
tahun 2012 mommy belum ambil annual leave lagi.
menjelang april ada 4 hari.
tiba² bila Alice demam
mommy terpaksa cuti
- khamis
- jumaat
- isnin (awalnya sebab nak pergi cucuk imunisasi)
- khamis.
dah selamat 4 hari.

pasal cuti mommy tak kisah sangat
tapi mommy lagi rela luangkan masa sekejap
untuk Alice yang sihat
daripada cuti panjang dengan Alice yang tak sihat
:(


baby yang sangat² disayangi!

moga sihat selalu
sampai sekarang masih ada risiko yang Alice akan demam
sebab bisul di kepala masih ada.
cuma kita harapkan yang terbaik.
mommy kesian sangat² tengok Alice demam, batuk dan selsema
:(

waktu Alice demam memang terasa perit
rasa terlalu panjang masa yang nak ditempuh.
bila Alice selsema sampai tak selesa menyusu,
batuk² sampai muntah sebab banyak sangat kahak,
badan panas sampai naik ruam,
tak selesa dan tak ada selera,
mommy hanya boleh buatkan sedaya upaya supaya Alice selesa
dan sentiasa berdoa moga² Alice cepat sembuh.

moga kita semua sentiasa kuat
apabila ada cabaran yang mendatang.
kalau tak sihat kena ikhtihar tau!

Saturday, April 28, 2012

perkembangan bayi: Alice 1 tahun!

ada banyak sangat perkara yang nak dirakam
menjelang Alice masuk umur setahun!


happy birtday!
main party hat sama daddy
:)

twinkle² little star
antara fine motor skill yang Alice baru belajar
ialah gerakkan jari
ikut lagu Twinkle² Little Star.
masalahnya kita tunjuk kat Alice twinkle macam sign 'chup!'
tapi Alice buat pulak genggam² tangan dia.
walau pun tak sama, tetap comel :D

kita ajar lagu Twinkle² Little Star ni
kebetulan dekat² selepas ajar lagu Pok Amai².
jadinya awal² dulu Alice buat lagu gabungan.
awalnya genggam² tangan, lepas tu tepuk² :p
sekarang Alice lebih suka gaya Twinkle² Little Star
:)

echo
satu perkara baru yang Alice belajar ialah gema.
satu hari kita pergi hantar kereta untuk servis
dan tunggu di customer lounge tingkat atas.
awalnya mommy pelik
kenapa Alice tiba² suka cakap kuat².
rupa² sebab bilik tu bergema!

sama juga di satu lagi tempat
(yang mommy dah lupa kat mana)
Alice jerit² sebab tempat tu bergema.
alahai baby mommy!
:D

beza antara faham & patuh
pada Alice memang besar bezanya antara
faham arahan dengan patuh arahan!
kalau mommy kata
"Where's your bottle?
If you're thirsty, you go drink water"

Alice terus saja pergi kat tempat
yang kita selalu letak botol berisi air kosong
senang bila² dia dahaga boleh minum.

tapi kalau mommy kata
"Don't play wire!"
Alice akan buat² tak faham arahan tu.
bila tak kasi usik
Alice panjangkan kaki dia untuk capai.
kalau belum sampai lagi
Alice akan pergi slow²
kona sana sini sikit
tau² dah sampai dekat tempat wayar.
kalau dah pegang
Alice tak akan lepas
dan buat² tak faham, macam tak ada apa².

bertuah betul!
:p


bila Alice tak mahu
tak nak layan, tak nak ambil gambar, tak nak bergurau
Alice paling muka tempat lain!

lay down
yang buatkan mommy betul² berlapang dada
betul² bersyukur
bila Alice faham 'lay down'.
bila kata 'Lay down, change pampers' Alice akan golek dan baring.
walau pun dia baring ikut suka mana bearing mana posisi
tapi rasanya macam pencapaian besar betul
bila Alice faham yang dia kena baring.

walau pun faham
tetap mencabar juga bila nak tukar pampers Alice.
kena beri dia toy yang boleh buat dia leka.
kalau tidak, sekejap saja dia nak baring.
lepas tu sibuk nak buat itu ini pergi sini sana
:p

gigi

buat masa sekarang ni Alice ada 5 batang gigi.
2 bawah
2 atas
dan 2 lagi atas baru nak tumbuh - tapi belah kiri masih belum keluar.
jadi ada 5.
gigi bawahnya memang rapat sangat.
gigi atas ada gap macam Maddona :p

kita baru saja beli 'berus gigi kondom'
bak kata Azman Saini
dan ubat gigi yang boleh telan.
masih lagi mencari kesempatan
bila agaknya nak mulakan berus gigi Alice.


budak kecik ada saja yang dia sibuk nak belajar!

bathing
dah masuk umur setahun
baru kita nak biasakan Alice mandi air sejuk.
tu pun slow² sebab sekarang Alice tengah selsema.
jadi masih campur air suma juga.
buat masa sekarang ni Alice belum suka lagi mandi air sejuk
:p

order makan?
ada sekali di restoran
daddy order som tam
Alice pun ulang sebut 'Som tam!'
kita pun tanya 'Alice also wants som tam?'
bila pelayan datang bawa makanan
sekali lagi Alice sebut 'Som tam!'
agaknya dia tanya som tam dia order tu ada tak :p

p/s: jangan salah order
som tam = kerabu papaya
tom som = sup ikan

tiket duduk bawah
satu tabiat Alice dalam kereta
macam biasa dia tak boleh duduk diam.
sampaikan dia boleh duduk di tempat letak kaki.
macam² Alice capai, main dan teroka.
mommy kena tegas lagi
biar Alice duduk di baby car seat
duduk dengan seat belt buckled up!
lebih selamat!


Alice tengah tengok tv sambil menyanyi, kata mama Su
:D

menari dan menyanyi
yeah, Alice dah makin pandai menari
bila dengar lagu rancak sikit
mula la dia.
kalau berdiri, Alice menari sambil gerak lutut
(bukan pinggang, bukan bahu, bukan butt!)
kalau duduk, Alice menari gerak badan.

Alice menyanyi pulak tak ada lirik
ada melodi saja.
selalunya Alice nyanyi ' ...aaaaa ...' ikut melodi dia
:)

comel! comel! comel! :D


Barbie beli kat Tesco RM4.70
senang bila Alice main ganas² tak la tertekan sangat mommie tengok!
:p

syukur Alice membesar sama mommy dan daddy sekarang.
macam² cabaran ada
moga kita sentiasa sabar, peka dan cepat belajar selalu.
sayang Alice sangat²!
:)

Friday, April 27, 2012

happy 1st birtday baby Alice!


27 April 2012
Alice sudah umur satu tahun!
:)


the jolly birthday girl
:)


yay I'm 1 year old!


blowing birthday candle with daddy


1st time potong birthday cake
:D


hadiah Barbie RM4.70 untuk Alice lenjan main ganas²
:p


pink teddy from daddy
:)


happy birthday baby Alice!
:)

Thursday, April 26, 2012

video: lagu bday untuk Alice


sudah nasib baby Alice
bangun pagi² kena kacau
teddy & mommy nyanyi lagu 'Happy Birthday' untuk Alice
:)

semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah.
mommy & daddy love you so much!

Wednesday, April 25, 2012

birthday cake baby Alice


memandangkan nak sambut birthday pertama
secara natural mommy memang teruja sangat²
nak carikan kek pertama Alice!
oleh sebab dah sampai umur 18 bulan baru baby boleh makan makanan bergaram dan bergula
maknanya kek pertama ni bukan untuk Alice
tapi lebih untuk mommy sendiri
akhirnya ada juga alasan
untuk beli dan makan kek
:D

yang best pasal kek ni

punctual
dapat on time pada hari yang dijanjikan

ikut request
macam requested, topping cream dibuat lebih manis
daripada cup cake yang kita rasa sebelum ni

unexpected
dapat free fondant lollipop 6 pcs tulis A, L, I, C, E, A
next time kalau nak order macam ni
kena tambah lagi RM5.
sedap lollipop tu, rasa marshmallow!




yang tak berapa nak best pasal kek ni

lebih mahal
awalnya mommy pilih untuk beli kat sini
sebab pertama kali tanya
untuk kek tu boleh dapat RM70.
mesti la seronok bila jumpa kek yang lebih murah daripada Secret Recipe
tapi boleh dapat customized lagi kan!
malangnya bila datang pada hari nak tempah
tiba² tak dapat pun harga tu.

harga kemahiran

mengikut kata orang yang deal dengan mommy tu
kek tu mahal sebab dibuat guna free hand
jadi ikut kreativiti baker.
kalau edible image senang, print saja.
masalahnya bila ditanya berapa harga edible image
jawapannya?
"Sama je!"

akhirnya mommy tempah juga kek ni
dengan harga lebih kurang 30% lebih mahal daripada harga yang diberi awalnya.

kek tak sedap
salah satu daripada sebab kek ni mahal
katanya ini kek butter, bukan sponge cake.
oleh kerana dah over budget
mommy
pilih perisa vanilla
RM5 - RM10 lebih murah berbanding perisa coklat.
malangnya, semua orang yang makan
komplen yang keknya tak sedap.
kek kering, kurang moist dan rasanya pun tak sesedap yang diharapkan.
mulanya mommy ingat perasaan mommy je
tapi orang yang tak suka dan jarang makan kek pun komplen perkara yang sama
kek tak sedap!

rebut
yang jadi penyedap kek ini
ialah topping cream yang kita dah request supaya buat lebih manis
dan juga ladybug yang rangup manis diperbuat daripada icing.
itu saja la yang direbut.
mujur sedap, ladybug saja RM0.50 seekor!
kira asing daripada harga kek tu!

repeat order

faktor terbesar
kenapa tempah kek kat situ
selain daripada harga asal yang diberi murah
ialah lokasi.
dekat dengan rumah & pejabat, senang nak ambil.
next time tak tahu la masih boleh tempah dengan baker yang sama
cuma kena tempah kek coklat
atau pun lebih baik cari baker lain saja.
kita tengok la macam mana nanti ya.


p/s: sebab review tak berapa nak best, tak perlu la sebut nama baker eh ...

Tuesday, April 24, 2012

suami menggatal, isteri dipersalahkan

susah.
banyak sangat tanggungjawab.
besar beban atas bahu.
macam pikul dunia.
tak tertanggung.
berat!
sampai terkunci mulut
tak terluah semuanya.

itu la yang terlintas di fikiran
setiap kali orang berbicara pasal peranan isteri.

isteri.
seorang isteri.
kalau pun isteri tu adalah seorang daripada yang 4
tak terkurang pun tanggungjawabnya.
tak pula dia buat 1/4 daripada tanggungjawab isteri.
tetap sama work load dia.
seorang isteri.

tak lengkap
isteri
hanya sebahagian.
tak akan jadi isteri
kalau tak ada suami.
bab ini la yang aku tak puas hati sangat²
bila orang berkata pasal peranan isteri.
bab yang 'sebahagian' tu.

kita selalu diomokkan
isteri tak pandai layan suami
tak jaga badan, selekeh dan busuk.
buat direct selling kejar duit sampai lupa rumah tangga.
kata nak tidurkan anak
padahal emaknya yang tertidur.
rumah tunggang langgang macam kapal karam.
tak pandai buat air sampai suami minum kat luar.
masak apa tah lagi ...

sebab itu suami cari lain!

kenyataan
pada aku - forget it!
lelaki yang menggatal walau pun ada bini kat rumah
memang tak layak dijadikan ketua keluarga.

itu saja faktanya.
soheh.
tak payah nak pertikai itu ini.


semak
isteri tak pandai layan suami
sebab suami tak pandai layan isteri.
isteri tak jaga badan sebab banyak sangat perkara yang nak dijaga
kemas rumah, basuh baju, cuci pinggan mangkuk periuk kuali, cuci toilet, masak, pergi pasar, jaga anak, mandikan anak, bagi makan anak, susukan anak, tidurkan anak, hantar jemput anak
semua sub kat isteri!
bilanya lapang nak berhias bersenang lenang?
isteri cari duit bukan mudah
bukan untuk siapa
tetap untuk mudahkan suami.
suami isteri kerja kena la ada give and take.
jangan asyik seorang memberi saja dan seorang menerima saja - mana ada jalan?!
ingat senang nak tidurkan anak?
cuba try tengok?!
isunya bukan 'tidurkan anak', tapi apa yang isteri tu buat dari lewat malam semalam, awal pagi ini, sampai bila pun tak henti²!
rumah tunggang langgang sebab tak ada bantuan
kerja tak sudah²
semua prioriti
sampai diri sendiri tak difikirkan langsung.

nak memikat
orang perempuan ni senang
ucapkan terima kasih
tanya khabar
puji sikit²
dah ok.
dah disayang sampai mati.
aku yakin TAK ADA isteri yang tak pandai layan suami
kalau suaminya tolong buat kerja rumah, tolong uruskan anak, tanya 'ok tak?', selalu cakap 'terima kasih', kalau tak betul tegur dengan baik dan senang dengan isterinya.
isteri ni confirm mesti jaga penampilan,
jaga rumahtangga,
didik anak,
layan suami.
tak ada hal.

nak menggatal?
jangan salahkan orang lain.
forget it!

p/s: alhamdulillah aku tak ada masalah suami menggatal
tapi aku menulis
selepas terkejut
bila tahu ada perempuan (yang dah bersuami) terang² beritahu
dia ada cuba goda seorang lelaki (yang dah berkahwin), tapi tak dapat.
apa perasaan isteri orang tu bila dapat tahu perkara ni?!
kalau apa² jadi nanti, isteri malang tu juga yang dipersalahkan!
forget it!

Monday, April 23, 2012

bila Alice buat perangai Himawari

hujung minggu lepas
lepas makan²
mama Su ajak jalan² kat park.
papa Zuri jogging (katanya 10 round!)
sambil tolak Hilmiey yang tidur dalam stroller.

kita yang lain santai² saja borak² tepi tasik :p

petang tu mommy nak bawa Alice jalan²
tapi si kecik ni
asyik nak berdukung saja
tak mahu jalan
tak mahu berenggang
semua pun tak mahu.
puas mommy pujuk
puas mommy terangkan
sama juga
Alice macam tu juga.


kat sana yang jauh tu
duduknya pak we mat salleh sekeluarga :p

ada tarikan
perlahan² mommy bawa juga Alice
sampai la bila terjumpa sebiji bola warna warni kaler neon.
terus Alice teruja nak kejar!

seronok la mommy!
rupanya kena ada tarikan
baru Alice seronok, bersemangat nak main!
beriya² mommy suruh Alice
'kick ball!'
'goal!'
'iyeah!'


niat tersembunyi
mulanya mommy ingatkan Alice memang suka main bola.
rupanya Alice suka main bola dengan pak we anak mat salleh! :p
bukan main seronok lagi diorang main bola!
mommy yang penat berpeluh² jadi coach Alice.

akhirnya bila mommy penat
duduk kat tepi
daddy bawa Alice jalan².
baru ok mood Alice.
kalau dengan daddy ok saja dia.


daddy bawa Alice jalan²


eh siap ada pemerhati?


daddy pandai layan Alice.
tq daddy :)

itu pun masa nak balik
bila nampak pak we anak mat salleh tu main bola
beriya² Alice tengok sampai teleng² kepala.
aduyai boleh pulak Alice ni buat perangai Himawari eh
demand tinggi! :p


hep, jangan nakal²!
budak kecik tak boleh ada pak we!

p/s: takkan tak kenal Himawari - adik Sinchan yang suka pak we handsome dan bling²! :D

Sunday, April 22, 2012

Pureen Warehouse Sale 22 April 2012

sebenarnya kali ini
memang kita tak plan langsung nak pergi
Pureen Warehouse Sale.
alhamdulillah

rezeki Alice
mama Su ajak kita ramai² pergi
hari Ahad lepas.

waktu datang tu dah lewat.
kita ingat dah tak banyak baju yang tinggal.
dan paling leceh - orang mesti ramai macam biasa!


tengah pilih baju mana nak dibeli
Alice lapar, kita minum dulu
:D

alhamdulillah
waktu kita datang tu
walau di jalan memang banyak kereta parking kiri kanan
tapi kita dapat parking senang di bangunan biasa.
sekali masuk RM3.
dapat parking depan
senang dan dekat
:)

bila ke warehouse Pureen
kita tengok orang beratur nak bayar tak ramai.
orang membeli belah pun tak sesak.
mungkin sebab dah petang
orang semua pun dah balik :)


wet wipe 100 pcs x 2 packs
yang pastinya dicari setiap kali datang
di luar waktu sale yang 80 pcs x 2 packs pun paling murah RM9.60

dah beberapa kali datang ke sini
baru kali ni kita tahu kat mana letaknya tempat wet wipe
iaitu sebelah kiri tengah² selepas lampin.
memang ini barang yang paling berbaloi dibeli
boleh dapat jauh lebih murah daripada harga pasaran!
:)

bila ke belakang bahagian baju
sekali lagi
alhamdulillah!
orang tak ramai
kaunter bayaran semua dah diletak di bahagian masuk di depan.
jadi belakang tak ada orang bersesak² beratur nak bayar.

yang paling menggembirakan hati
ada banyak pilihan baju RM3 dan RM4.
awalnya memang tak banyak pilihan
(ada banyak tapi semuanya sama - baju yang plain biru/pink)

tapi semakin lewat
bila dah second round hantar baju reject
dan cari seluar & baju yang sepadan dengan saiz Alice
staff Pureen tu replenish stock.
dapat juga la beberapa pilihan yang baik
:)


top & 3/4 pants, RM3 each
yang ini bukan set
tapi memang diletak dekat²
alhamdulillah, yang paling murah & cantik kita dapat rasanya
:)


dress, RM4 each


skirt, RM4
nanti kena tanya daddy nak pakai dengan baju apa skirt ni
:p


t-shirt, RM4
t-shirt tema New Zealand yang kita suka
tapi mama Su & mama Mia kata ni t-shirt lelaki, tak cantik
:p


floral t-shirt, RM4


set sleeveless dan 3/4 pants, RM8 each

disebabkan kebanyakan barang mama Su yang sponsor
kita pun tak beli banyak²
sekadar yang perlu saja.
thank you mama Su, banyak sangat² dia belanja kita!
:)

p/s: tak ada dalam foto: floral baby hat, RM1



Saturday, April 21, 2012

The Manhattan Fish Market e@Curve

selepas mandi sungai best²
dah jadi lapar²
mama Su belanja kita di The Manhattan Fish Market
e@Curve, kat depan rumah tu je.

ni kali pertama kita cuba.
ada dish yang kita order regular
dan ada yang light.
semua pun keyang sebab kongsi².
rasanya makan light punya portion pun boleh kenyang
:)

macam biasa bila makanan dihidang saja terus kena serbu
lepas tu lupa nak ambil gambar :p


mama Su ajak jom pergi makan!


wuuuu sedapnya yang ni, ayah!
Hilmiey terliur tengok menu!


orang order makan
Alice sibuk order Ford Fiesta untuk mama Su!


order apa?
lama, baru?
eh ... light, regular?
:p


Alice tak tahu nak order apa
jadi dia rasa dulu makanan kat menu
:p


vanilla milk shake yang sungguh enak sekali.
Hilmiey tengok pun terliur²!


drink daddy memang heaven sent!
gummy bear: sprite + pewarna biru + pati oren
jadi gummy bear drink warna hijau!
sungguh menyegarkan minum masa dahaga!


daddy makan ayam


presentation tu penting!
pada hal cuma nak cairkan keju
dan bakar udang saja
:p


spaghetti yang sangat banyak cendawan.
yang ini light portion.


yang paling menyelerakan!
fish and chip ikan dori
nyum nyum nyum
baby Alice pun suka!


best best best makan kat sini
thank you mama Su!
nanti kita datang sini lagi eh?!
:)

view: harga promo set The Manhattan Fish Market

mandi sungai: Ulu Yam

apa boleh buat
bila mama Su kata
' ... esok dapat gaji, nak gi mana?'
adik² ipar dia nak mandi sungai
:p

alhamdulillah
sampai juga kita ke tapak perkelahan
dekat² dengan Ulu Yam.
ni rasanya kali ke-3 Alice mandi kat sini :)


daddy bawa Alice mandi sungai siap dengan pelampung
tq daddy!
:)


papa Zuri & Hilmiey punya pelampung lagi besar!
queen size!


tengah syok!


budak² mandi sekejap saja.
Alice dah ngantuk usik² telinga
Hilmiey makan pisang


oh baby mommy dengan sepit rambut bentuk teddy bear.
baru beli kat Ikano lower ground floor, harga RM2
:D


segar lepas mandi sungai.
budak kecik rambut cantik macam daddy
mata sepet pun macam daddy
nampak gigi atas 2 batang
:)


tak kira!
dah pandai cakap nanti
Hilmiey ajak mama Su mandi sungai sama²!


thank you mama Su suka jalan² sama kita
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...