damdiduuu

Showing posts with label pasar TTDI. Show all posts
Showing posts with label pasar TTDI. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

pasar TTDI

dah lama tak pergi pasar.
selalu daddy pergi sorang².
kadang² ada tetamu di rumah
jadi mommy temankan di rumah
daddy saja pergi pasar sendiri.
kadang² pulak
agaknya sebab bulan puasa
rasa macam 'leceh sikit' nak bersiap keluar dukung Alice pagi² :p

tapi kali ini
sebab kesian tengok Alice
asyik terperuk di rumah
dan pagi² lagi Alice dah segar ceria bersedia nak main sini sana
mommy pun gagahkan untuk ikut daddy pergi pasar.

dalam kereta duduk depan.
seronok Alice tengok sini sana
dan cuba nak usik itu ini tak boleh duduk diam
:)

memang soheh lama kita tak pergi pasar
sebab bila tiba di pasar
ramai peniaga tegur
yang Alice sekarang dah pandai berjalan.
kali terakhir yang mommy ingat
Alice baru nak mula berjalan
kena dipimpin
dan asyik nak naik tangga & escalator :D
iya la kot, lama dah tak ke pasar.

thank you daddy yang tiap² pagi minggu
rajin cari barang makan kat pasar.
kita sayang daddy sangat²!
:)


barang pertama yang buat Alice excited
ialah bola yang digantung banyak².
dari jauh lagi Alice dah kata 'Ball! Ball! Ball!'


punya la banyak kueh raya dijual kat sini!
coklat yang bentuk bunga ros tu
diberi nama Ombak Rindu
sebekas RM30
:D


selain kueh raya,
kerepek,
baju raya,
peralatan elektrik macam periuk goreng dan macam² lagi ada dijual.
banyak sangat tapak dibuka
sampaikan tempat yang letak kerusi banyak² pun
dah jadi tempat orang berniaga.
mujur sekarang Alice lebih suka jalan²
dan tau² saja daddy dah siap beli² barang
:)


gerai bunga sama juga segar berseri.
bezanya kali ini Alice pun dah tegur
barangan yang dijual di gerai bunga.
cuma yang ditegur tu bukan bunga
tapi belon yang dijual kat situ
:p

kebetulan pagi tu ada operasi
oleh KPDNKK
dan bila kita tengok di buletin 1.30
rupanya KPDNKK tengah semak harga barang
sempena musim perayaan.
giler ramai rombongan diorang!

Wednesday, February 8, 2012

bunga segar: sekuntum RM3

pasar TTDI.
bunga segar masih lagi sekuntum RM3.
ada macam² jenis.
macam mana bila dah jadi bouquet boleh sampai harga ratus² eh?
nak² lagi waktu peak season.

berapa lama bunga segar boleh tahan?
ramai ke yang awetkan bunga?
nak mengekalkan nostalgia?
berapa pulak kos awetkan bunga?
boleh DIY?

indahnya ciptaan Tuhan
:)

carnation, rose ...
yang lain tak tau nama
:p

agak² kalau kata 'Akak ni cantik macam bunga la'
boleh dapat diskaun tak?
:D

kali terakhir aku beli bunga rasanya 2 Julai 2010
1 tahun 7 bulan yang lalu.
beli gubahan mawar merah
sireh junjung untuk hantaran abang :)

rasanya kalau beri bunga lagi
abang sayang aku lebih tak?
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...