damdiduuu

Showing posts with label muzium negara. Show all posts
Showing posts with label muzium negara. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

belajar pasal Malaysia

Lokasi: Muzium Negara
Tiket: RM2 dewasa

Alice yang makin aktif
tak boleh duduk diam!

macam² artifak di Muzium Negara

ingatkan dulu orang zaman batu main loret je apa dapat
(vandal?!)
rupanya untuk lukisan dinding
siap ada peralatan lukisan!

bikin dapur

aku & abang ada satu persamaan
suka tengok senjata & peralatan perang
:D

bunga mas untuk ufti beri pada raja Siam
dalam buku sejarah tengok kecil saja
saiz sebenar nak sama tinggi dengan aku!

original punya Piala Malaysia!

blog orang Champa dulu²

macam Master Chef, abang suruh teka satu² apa rempah ratus ni

bosan lama sangat tunggu
diorang anak beranak main cak² dulu
:p

ada samurai tu suka la abang!

aku kata pada abang - kalau buka sarung, nampak pedangnya kan lagi cantik.
abang kata kalau buka sarung nanti pedang minta leher orang!
:p

bahasa itu penting!
orang Jepun pun guna kamus
Jepun - Melayu -English
$1.50 je harganya

abang kata mamat kupas kelapa ni pakai baju Ben Sherman!

kat kampung ada banyak batu megalitik
tapi yang ni cantik siap berukir nama Allah
:)

suka la tu tengok senjata orang Sarawak

Perjanjian Pangkor
yang menyebabkan British bertapak di Malaya!
:(

pedang yang dikatakan diguna untuk bunuh JWW Birch!

yang aku tau Melaka ditawan Portugis 1511
yang aku tak sedar sebenarnya Portugis datang 2 kali
kali pertama bulan Julai serang, orang Melaka menang
3 bulan lepas tu repeat, baru dapat tawan Melaka.
hebat kan kerajaan Melaka sebenarnya!

tak sangka zama dulu² lagi dan ada teknologi untuk buat bintang daripada plastik macam ni!

alahai cantiknya beg siap ada bunga²!

Malaya untuk Melayu!

abang & Alice dengan mural Hang Tuah

Ta' Melayu hilang di-dunia

kita suka daddy bawa jalan²
:)

thank you sayang bawa kita jalan² sayang² sama²
:)

Sunday, October 2, 2011

karam!

hari Ahad mommy ingat nak rehat saja.
cuma semalam daddy kata nak pergi pasar.
mommy tanya dah daddy semalam, 'nak makan chicken chop boleh?'
sambil senyum² :p
daddy dah belikan ayam semalam :)
(jangan jealous daddy pandai masak chicken chop yang super marvelous!) :D
hari ni nak beli lauk untuk hari lain lah agaknya.

pagi² lagi daddy bersemangat
'masuk bird park RM20 saja, Alice free' katanya.
uh?!
hahaha
suka hati lah
mommy layankan saja.
daddy memang suka pergi zoo dan tempat binatang².
mommy tau daddy memang nak bawa Alice ke tempat² macam tu.

dalam perjalanan, kita singgah Muzium Negara.
ada pameran khazanah kapal karam.
mommy berkobar² nak tengok harta penyamun berpeti².
sama mommy nak tengok senjata² yang dijumpai pada kapal perang! :D

saya jumpa baby comel kat kapal karam! :D

Pameran Khazanah Kapal Karam
Muzium Negara, Kuala Lumpur
Bayaran masuk: RM3 untuk warga negara dewasa

kesian :(
itu yang mommy rasa.
ada yang beli pinggan mangkuk kat Thailand nak bawak balik China
nak jual la agaknya
malangnya, baru sampai Terengganu/ PD/ Johor dah karam.
ada yang bawa hantaran diRaja nak meminang
pun karam.
tak tahu la jadi kahwin ke tidak :p
banyak khazanah kapal karam.
patut ramai orang nak jadi lanun cari harta karun
(termasuk pengaruh cerita lanun bertopi jerami dalam One Piece yang daddy suka tengok petang²!).

senibina kapal memang mengagumkan!

antara sebab kapal karam ialah
terumbu karang merbahaya,
cuaca,
dan kesilapan manusia.
mommy rasa bila berlaku tragedi, di sinilah pentingnya konsep 'percaya kepada qada dan qadar'.
semoga kita jadi kuat, selalu belajar dari pengalaman dan bukan selemahnya mengeluh.

anak beranak mata sepet! :)

next stop - KL Bird Park!
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...