damdiduuu

Showing posts with label bayi tumbuh gigi. Show all posts
Showing posts with label bayi tumbuh gigi. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

tips penjagaan gigi bayi/kanak²

Alice sekarang umur 2 tahun 2 bulan.
dah lama mommy berhasrat
nak bawa Alice berjumpa dentist.
punca utama - Alice tak bagi kita beruskan gigi dia.
dia nak berus sendiri
jadi tak bersih sangat.

masalah terbesar
stranger anxiety.
tengok je nurse mesti dia dah tak senang duduk.
macam mana nak suruh dia duduk baik²
buka mulut
bagi dentist check gigi?

torture chamber
takut tak?!


haven sent
mengambil kesempatan
apabila berjumpa dengan dentist kali ini
mommy ajukan soalan
kepada dentist yang bertuah tu.

tips yang boleh dikongsikan:

1) guna sapu tangan
balut jari telunjuk kita
dengan sapu tangan.
letak ubat gigi sikit.
bersihkan gigi anak.
berus gigi terlalu besar
dan budak² tak suka bendasing masuk dalam mulut
melainkan makanan, minuman, jari dia sendiri dan botol susu.

2) bersihkan gigi depan SAHAJA
pelik kan?
tapi itu la nasihat dentist.
bila kanak² dah biasa
baru bersihkan bahagian dalam.

3) tengok! tengok! tengok!

i) bila kita berus gigi
bagi anak tengok.
budak² selalu suka meniru

ii) bila kita dapatkan dental treatment
bawa anak sekali
bagi dia tengok.
bila lama² dah biasa
anak akan nak giliran dia pulak
duduk di kerusi boleh laras yang canggih tu.
dentist akan periksa sahaja
tak akan buat apa² major
sebagai intro.

4) jangan tunggu sakit.
bawa anak untuk pemeriksaan gigi berkala
jangan tunggu sampai sakit
baru jumpa doktor gigi.
nanti anak akan kaitkan kesakitan dengan dentist.

selamat berjaya!

p/s: dentist turut sarankan
- beli berus gigi elektronik untuk anak
- orang dewasa (terutama yang pakai permanent retainer!)
mesti buat scaling setiap 6 bulan.

Saturday, March 10, 2012

perkembagan bayi: Alice 10 bulan


budak kecik kerut hidung

linguistik & sosial
perkembangan yang paling ketara
pada Alice
rasanya Alice lebih verbal.
bila di rumah dia lebih banyak bunyi.
bila keluar jalan² Alice suka tegur orang
terutama bila nampak baby atau budak² yang lebih kurang sebaya dengan dia.
kalau boleh kita nak Alice belajar kemahiran sosial
tak apa senyap kalau dia jenis orang yang memang senyap
tapi tak boleh la senyap sebab tak tahu bersosial.
nak jadi orang berjaya mesti belajar banyak kemahiran!
:)


happy, cleaver baby.
Alice selalu nak diteman main sama²
:)

kerut hidung
satu lagi kemahiran sosial
Alice suka buat lawak!
sekarang Alice ada 2 lawak baru
pertama dulu dia balik dari nursery
tak tahu mana dia tengok atau belajar
dia sepetkan mata, kerutkan hidung
dan bernafas laju².
kemudia ketawa suka hati.
comelnya!
kita tengok pun ketawa sama.

yummy toes
satu lagi waktu tengah tukar baju lepas mandi
main² kaki
kemudian dia masukkan jari kaki dalam mulut.
bila kita terkejut dan halang
lagi dia suka
siap ketawa².
oho buat lawak ya!


Alice buat lawak gigit jari kaki


bye²
oh ya, setiap hari balik dari nursery
kita ajar Alice bye²
bila dah masuk 10 bulan baru dia lambai bila kita kata 'wave hand'
alolo comelnya.
tu pun Alice lambai gerakkan siku
bukan gerak jari.
pergerakan ni lanjutan daripada tepuk barang guna sebelah tangan
(bayangkan waktu kecik² dulu, kita ajak Alice main game
bukan dia guna jari
tapi dia boleh tepuk² tab pap pap pap kuat²!)
kemudian jadi tepuk tangan
dan sekarang jadi lambai
:)


Alice berlatih berjalan.
sila abaikan background bunyi mengilai :p


berjalan
pada umur 10 bulan
Alice dah boleh berdiri
ikut berapa lama dia suka
dan boleh berjalan 3 langkah.
bila tengok, nampak yang 'berjalan' ni bukan semata² isu kemahiran
tapi lebih kepada keyakinan.

secara teori Alice tahu apa dia kena buat
tapi dia akan ambil masa
untuk bersedia dengan yakin
baru dia angkat kaki
dan jalan laju².
kalau target dia dekat sangat
dia lompat saja tak payah jalan pun dah sampai
(amboi bijaknya, anak sapa la tu?!)
:p


Alice memang selalu cepat bosan
tapi tak susah nak lekakan dia
beri kotak saja pun dia dah tekun belek!


rambut
bangs Alice dah panjang
dah masuk mata.
agaknya sebab tu satu hari kat nursery
teacher
ikat rambut Alice.
comel pulak tengok ada pokok kelapa senget atas kepala :)
bila nak potong rambut?
nak potong style macam mana?
kena tanya daddy Alice la tu :)


cikgu ikat rambut Alice
siap buat kerut hidung
dan Alice tak selesa nak tumbuh gigi


pasal gigi
selain daripada 2 batang gigi depan di gusi bawah
ada nampak gusi atasnya ada putih².
tak tahu la kalau 4 batang sekali tumbuh.
gigi bawah yang 2 bantang tu masih belum tumbuh habis.
pendek saja lagi.
kesian juga tengok Alice pada peringkat ni
boleh nampak dia tak selesa
sebab itu setiap masa Alice akan 'lapik'
gigi tu
sama ada guna lidah, bibir atau letak jari dalam mulut :(
dan tak tahu juga sama ada yang 'dilapik' tu
sama ada gigi yang baru tunbuh
atau dia nak lindung gusi atas yang tersentuh gigi keras.

... bukan senang jadi baby!


bulan depan, April 2012 Alice nak masuk 1 tahun
tak padan kecik, banyak barang dia yang dah kena pack away.
foto tengah spring cleaning, Alice jumpa macam² toys waktu kecik dulu.
terima kasih mama Su & semua yang dah banyak memberi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...