Alice
officially dah pandai merangkak.
cuma kena pakaikan seluar yang tutup lutut
baru laju sikit dia merangkak.
kalau tidak, lutut bunyi² bila kena simen.
mobiliti
macam biasa, Alice tak fokus untuk mahirkan merangkak
atau menikmati keseronokkan merangkak.
Alice sibuk memanjat dan suka berdiri.
macam nak tercabut nafas kadang²
mommy tengok aksi Alice.
ngeri, seram,
thrilling pun ada.
walau sakit² kalau terjatuh atau kaki terlipat
Alice tetap nak memanjat dan berdiri.
tak tahu duduk diam.
oh ya, rasanya Alice
skip meniarap.
belum pun mahir meniarap laju², Alice dah suka merangkak.
tak tahu la berapa lama pulak nak merangkak ni
asyik nak memanjat je sekarang.
sakit?
selalu kalau terjatuh, terhantuk atau terlanggar apa²
mommy diam.
mommy tengok dulu macam mana reaksi Alice.
kalau dia tak buat apa²
teruskan aktiviti dia
mommy pun sama, buat macam biasa saja.
kalau Alice macam nak menangis dah
mommy gelak dulu
" hahaha
why like that, Alice? ..."
selalu Alice tak jadi nangis bila orang ketawa².
tapi kalau sakit sangat², Alice nangis
mommy cuba cakap saja baik² sama Alice
dan beri
toy untuk alihkan perhatian dia.
kalau nangis sangat²
baru
mommy pujuk dan
hug Alice.
mommy tak mau sikit² kita dah kata 'alolo sakit sian dia'
biar la Alice lasak sikit.
selalunya kalau nangis kuat² tu dah hal lain.
sama ada memang sakit sangat²
atau sebenarnya Alice ngantuk, lapar, penat, bosan
atau kesemua jawapan di atas
:)
gambar ni diambil hampir pukul 4 pagi.
Alice terjaga.
tak ada yak, tak ada sakit perut.
memang dah segar, tak mahu tidur.
mommy bawa keluar ke ruang tamu.
Alice main surat khabar, main cubic, tolak² kerusi, main walker sebelum tidur semula.
mujur waktu ni hari cuti.
mommy layankan saja.
sabar
buat masa sekarang ni
mommy ikutkan saja masa Alice.
kalau Alice tak mengantuk,
mommy tak tidurkan dia.
buang
karan je.
lagi
tension, lagi tertekan, lagi banyak hal
kalau orang tak mengantuk tapi kita paksa tidur.
selagi Alice tak mengantuk
mommy siapkan kerja sambil layan Alice
sidai baju,
pack beg Alice, cuci &
sterilize botol.
bila nampak Alice dah
slow down sikit
baru
mommy feed & tidurkan.
I love my rubber duckie!
dulu
mommy ingat
kalo kita kaya
kita tak kan belikan Alice baju atau mainan banyak².
tapi kita beri dia pengalaman.
beri peluang melancong sana sini
dan belajar ikut kelas itu ini mana yang Alice minat.
mommy ingat mainan tu hanya hiburan.
toys toys toys
sekarang lain.
sekarang baru
mommy nampak.
selain mainan sebagai
tools untuk belajar
mainan adalah satu
keperluan.
kenapa keperluan?
rubber duckie ni punya la jauh kita cari
beli untuk mandi sama Alice.
bunyinya macam remeh.
heleh! masa mandi pun nak ada mainan?!
rubber duckie ni ialah penyelamat
yang melekakan Alice waktu mandi.
kalau tak ada mainan
waktu mandi nanti Alice sibuk nak berdiri,
capai sabun
ambil gayung
siram air
tepuk air
goyang kaki sampai terpercik² air
dan skrip kita waktu mandi sama je
"
Sit down, Alice!"
bahaya betul licin² tu nak berdiri dalam
tub.
bila dah ada
rubber duckie
senang Alice main sama
duck dia saja
tak kacau yang lain.
selamat!
:)
baby cot yang kita beli sebelum Alice lahir dulu
sekarang jadi
playpen.
antara tempat Alice berlatih memanjat dan berdiri.
(Alice ni memanjat tak kira tempat pun, asal dapat semua jadi!)
kalau sibuk sangat² kita letak Alice dalam
cot
tapi sekejap saja boleh
sebab Alice tak suka ditinggal sendiri kat tempat terkekang.
kalau nak tinggal tak apa, tapi Alice akan pergi jalan²
merangkak ke sana sini
panjat dan berdiri mana² boleh
serta selidik dan tengok semua benda yang dia jumpa.
sepah
kalau dulu
mommy rigid dan
protective sikit
sekarang Alice dah pandai menjelajah
mommy beri Alice peluang untuk belajar.
nak tengok majalah?
koyak surat khabar?
sepahkan buku?
keluarkan mainan?
mommy beri Alice main
asalkan tak masuk mulut, ok.
lepas Alice main
mommy kemas semula.
moga²
mommy selalu rajin nak kemas
jangan sampai
daddy pulak bising
abes rumah bersepah sebab Alice 'belajar' :p
Alice pun nampak dah semakin membesar.
dah kurang
baby.
dulu tak boleh bising sikit di
nursery.
Alice tak dapat tidur.
sekarang Alice dah mula lali
kalau waktu
nap pagi
mommy buai di
bouncer
lama² Alice tidur juga
walau ada
baby lain yang menangis.
bijak
Alice juga dah makin faham banyak.
bila orang kentut
Alice tengok
kemudian dia cakap sesuatu (yang kita tak faham)
lepas tu dia ketawa.
hahahah orang tu pot pot pot!
fine motor skill
kemahiran
fine motor Alice pun dah makin meningkat.
dulu
mommy cuma perasan Alice ni suka cakar² waktu
feed
sebab tu bila kuku panjang sikit saja
mommy akan cepat² mengadu pada
daddy.
daddy potongkan kuku.
sebab kalau Alice kuku panjang
memang orang yang pertama kena ialah
mommy.
sekarang
mommy rasa lain pulak.
Alice suka cubit!
asyik menyusu saja suka cubit² sana sini tangan tak boleh duduk diam.
kemudian baru
mommy sedar
rupanya Alice baru dapat
pincer grip.
kalau dulu tepuk² gerak pergelangan tangan
sekarang dah nampak Alice dah lebih gerakkan jari.
sikit hari lagi boleh la makan mee hoon suap sendiri nih :)
oh ya, kita pun ada ajar Alice
clap.
tapi kelakar cara dia tepuk tangan.
sebelah tangan semua buka 5 jari dengan tapak tangan
tapi yang sebelah lagi cuma guna jari ibu.
pernah tengok orang tepuk tangan macam tu?
:p
Alice kurang nak tunjuk kuat dia masa ni
sebab sibuk tengok itu ini sana sini
Alice juga dah faham konsep kuat.
kalau Alice tarik benang, tarik tali atau nak koyakkan tisu
Alice akan jerit 'Aaaaaaa!'
konon² macam dia tumpu sepenuh tenaga
untuk buat tugasan tu.
sweet sangat!
macam kuat sangat la jadinya kalau buat sambil jerit 'Aaaaaaa!' tu!
:p
jangan bersedih
antara yang mencabar sekarang ni
termasuk la
seperation anxiety.
di rumah Alice tak suka ditinggal sendirian.
kalau kena tinggal, Alice akan datang cari kita.
kalau tak dapat bergerak sebab dalam
cot
atau
walker tak lepas nak berjalan
Alice akan nangis
(kita dah kurangkan masa Alice duduk di
walker untuk lebih galakkan dia memanjat).
sama juga pagi².
Alice tahu setiap kali kena duduk di
baby car seat
maknanya Alice akan berpisah dengan
daddy.
Alice selalu sedih :(
Alice akan ambil masa sikit
kemudian baru dia tenang.
anak
daddy!
a cut above
oh ya, rambut Alice dah panjang
dah lebih bulu kening nak masuk mata dah.
daddy kata tak payah potong.
kalau nak potong, nak buat fesyen apa eh?