damdiduuu

Showing posts with label My Dear Warehouse Sale. Show all posts
Showing posts with label My Dear Warehouse Sale. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

My Dear Warehouse Sale: 27 February - 9 March 2014


Alice dah nak masuk umur 3 tahun 
sampai la kita ke satu kesimpulan
selain daripada Pureen Warehouse Sale
Alice dah out-grown My Dear Warehouse Sale jugak,
alhamdulillah!
:p

mommy pun teringat
yang ada pun kalau nak beli di sini
ialah bantal dan set comforter.
lepas beli baru tau
boleh dapat bantal kanak² RM9.90 kat hypermarket :p
(bantal kanak² saiz sederhana, bukan bantal baby yang kecik cinonet)
kat sini home brand dalam belas² ringgit.
comforter kanak² (ke saiz baby eh?) bawah RM30.
rezeki Alice
:)

selain daripada tu
kawan mommy ada nak beli basikal untuk anak dia.
kat sini tak ada jual basikal.
tricycle ada.

lain² item
kita tengok untuk persediaan 
mana tau akan datang
nak dapat baby baru
... eh?
:p


sterilizer lama nak kena tukar plug kot.
sini ada jual RM65


baju tak banyak pilihan.
romper new born boleh dapat RM8 each kalau angkat 5 pcs sekali

socks yang mak² wajib geram :p
RM15 sepasang

fuu pre-walker
RM20
ni yang buat tak sabar nak baby baru ni, kan?
:p

ni kasut kanak²
boleh geng sama ma Su
Converse 
RM38

geram² jugak!
play gym bawah RM80


tricycle comel²
yang ini kat dalam kedai.
yang kat luar (display unit)
boleh dapat lagi murah.

budak² selalu suka
tapi yang umur besar sikit.
ni macam untuk saiz baby je.

Alice pergi mana² pun mesti nak try swing.
yang ini bawah RM200
tapi macam tahan untuk toddlers yang kecik lagi daripada Alice.

kalau beli barang baby saja
nanti abang dia rasa dipinggirkan.
sila beli jugak!
:p

nak main pondok² 
ke atau main car?
:D

antara barang yang kita pernah beli kat My Dear Warehouse Sale
sepanjang Alice 3 tahun ni:
- baby car seat (new born - 1 year old)
- baby stroller (new born dan kemudian dah besar sikit beli yang ringan)
- baby walker
- baby fan
- baby push car
- baju ada kot, tak ingat dah
- botol Avent
- bantal & comforter
nak tengok lain² barang yang lepas² boleh klik kat bawah tu yang tag "My Dear Warehouse Sale"

happy saving!
:)

Saturday, March 2, 2013

My Dear Warehouse Sale March 2013: Review

My Dear Warehouse Sale
28 Februari - 10 Mac 2013
9 pagi - 7 petang

Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd‎
No. 34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
Puchong Selangor 47120
Tel: 03-8060-0093

mydear.com.my‎


My Dear Warehouse Sale dah pindah!
kawasan yang sama juga
tapi end lot bukan intermediate unit.

ada banyak pilihan stroller, car seat, push car, dan macam² lagi barang baby.
yang sempat ambil gambar cuma sebahagian saja.
ada lagi system (carrier + stroller) yang mahal².
baby bouncer pun ada banyak pilihan yang bagus².
basikal, remote control car dan macam² toys ada.
boleh la rujuk sebahagian harga stroller, harga car seat, harga bouncer dan harga basikal.
nak tau full range kena datang tengok dan cuba sendiri!


baby comforter
RM28


bantal peluk best
RM14


mat tak tahu la cuma ada ini saja
atau kita yang tak jumpa lain
RM28


baju baby girl
dalam lingkungan harga RM40


kali ini bukan saja baju baby
tapi ada juga pilihan untuk kanak².
ada baju tidur Sanremo Hello Kitty comel!


baju baby boy
dan ada juga pilihan polo t-shirt yang cantik²!


orang beratur nak ambik barang
boleh tahan ramai!


macam² toys bawah khemah kat entrance


lagi toys


hehehe comel tak?
selamat berbelanja dengan bijak!
:D

My Dear Warehouse Sale march 2013: Bicycle

basikal kanak²
yang biasa boleh dapat bawah RM100 (tak ada dalam gambar).
basikal yang ada pemegang tinggi boleh tolak dari belakang
ada 1 atau 2 tempat duduk
bermula daripada RM100.


boleh letak barang sikit kat belakang
RM100


RM107


boleh duduk 2 orang
RM158


tak nampak la pulak harga dia :p


inilah namanya drive through beli basikal!

My Dear Warehouse Sale March 2013: Bouncer


yang ni macam ok dah
RM72


ada extra function
RM115


siap canopy
RM123


hahahaha moo comel!
RM99

My Dear Warehouse Sale March 2013: Stroller


stroller yang paling ringan
cuma 1kg++
sayang tak ada bumbung
RM72


yang ini ringan juga, 4kg++
sesuai untuk baby 6 bulan yang dah boleh duduk sendiri
sampai 4 tahun.
berat baby maksimum 13kg.
RM100


test drive sikit ...


lagi satu pilihan yang ringan
bezanya bumbung dia.
RM79


kasik lipat sikit
tengok dah lipat besar mana


satu lagi pilihan
yang ini jenama My Dear
RM110


brand ni dah mahal sikit
ada pilihan pink dan biru


beza model ini dengan yang sebelumnya (yang harga RM323)
ialah kat bahagian pemegang stroller
RM244


yang ini sesuai dari new born.
pemegang boleh laras supaya front facing atau back facing.
paling ringan antara yang seangkatan.
lipat 2 jadi separuh, tak panjang macam umbrella type
RM158


warna pink comel giler! :D
RM129
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...