damdiduuu

Showing posts with label MBPJ. Show all posts
Showing posts with label MBPJ. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Ulang Tahun Bandaraya PJ ke-7 2013


20/6/2013
Khamis
ulang tahun bandaraya Petaling Jaya
yang ke-7.
parking free
:D

Thursday, July 5, 2012

saman parking MBPJ

itu hari gua gelak jahat
nampak penguatkuasa MBPJ
tengah saman kereta berderet² parking kat depan opis gua
yang tak letak kupon parking.

3 cik kak datang
dalam pukul 10.30 pagi macam tu.
gua gelakkan saja
sebab dah biasa dapat saman parking pukul 10.30 pagi
jadi gua beli tiket parking pukul 10 sampai 11 pagi.
1 jam
60 sen
bayaran minimum tu.


pemandangan dari tingkat 5


mari selit


tengah hari gua tengok ada kertas panjang nipis melambai² di wind screen.
aik?! mustahil!
kan gua tak kena saman?!
ada letak kupon parking, apa?!

saman pukul 12.30 tengah hari.
kupon parking expired.
saman RM30.

... datang banyak² kali sebab nak dekat raya eh?
o_0



Tuesday, May 22, 2012

denggi: sampah tak berkutip

bila dah dekat pilihanraya ni
kerajaan kata
Selangor banyak kes denggi
sebab sampah lambat dikutip.

tak tahulah mana yang lebih penting
sama ada kebenaran di sebalik penyataan tu
atau pun nak hentam kerajaan pembangkang.

apa pun, kerbersihan amalan mulia.
orang yang sapu daun kat tepi jalan
(atau tiup dengan peniup angin yang canggih tapi bising),
orang yang kerja sapu sampah,
warga asing yang kerja cleaner,
orang kutip sampah,
dan front liner Alam Flora yang buat kerja pembersihan
kerja diorang dapat banyak pahala
mulia di sisi Tuhan
sebab jaga kebersihan.




ini foto operasi besar²an MBPJ - polis - polis trafik
di Flat Pelangi Damansara
Selasa 22 Mei 2012.
siap tow car, bervan² penguatkuasa MBPJ, polis trafik dan lori MBPJ turun.
habis semua penjaja² kecil di sekitar flat kena bungkus.
semoga Flat Pelangi Damansara dan tempat kita yang lain
akan jadi lebih bersih selepas ni.

Cleanliness is next to godliness!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...