damdiduuu

Showing posts with label Kiko Warehouse Sale. Show all posts
Showing posts with label Kiko Warehouse Sale. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Kiko Warehouse Sale



pertama kali ke Kiko Warehouse Sale.
bercadang nak beli
- jeans
- skirt

- kasut
- travel set toiletries
- tops

untuk Alice.
dah sampai baru kita dapat satu pengajaran besar:

Baby Kiko : untuk 3 tahun ke bawah
Kiko : untuk 4 tahun ke atas

jadinya bila ke Kiko Warehouse Sale ini
lebih banyak pilihan untuk anak² 4 tahun ke atas.
toiletries pun kali ini tak ada
sebab katanya toiletries Kiko dikilangkan di Penang.

yang ada cuma kasut, pakaian, brief dan tali pinggang.


pagi² lagi budak kecik dah sibuk nak berjalan ke sana sini


masih awal.
depan kilang tak ramai kereta parking lagi.


daddy pilih tempat parking VIP
:p

alhamdulillah
sebab kita datang awal
antara 3 orang pertama yang masuk ke tempat jualan tu
sales girl siap beritahu mommy
untuk 1 year old baby girl
ini stacknya
ada sikit saja.
dapatlah memilih lebih kurang
baju yang masih kemas berlipat
sebelum dikerumuni orang lain
:)


harga pakaian yang ditawarkan
RM8 - 20

memang kecik saja tempat jualan tu
bilik makan.
ambil gambar guna kamera telefon secara vertical
4 shots dah cover satu bilik



tempat masuk


tengah².
yang depan ni untuk boys 4 - 8 years old


bahagian belakang
(daddy tengah pilih² baju lagi!)
:D


belakang sekali kat tingkap
bahagian kasut


hujung sana dekat dengan cashier
brief
dan tali pinggang.
3 pcs in a pack brief RM19.90 & RM21.90
buy 1 free 1


kasut RM15


mari balik!

nak tengok apa yang kita dapat untuk baby Alice?


3 helai tops
dengan kepanjangan sleeve yang berbeza
harga asal RM13
selepas diskaun RM8 sehelai


dress
harga asal RM16
selepas diskaun RM10 sehelai


top & short set
harga asal RM18
selepas diskaun RM15 sehelai

6 helai untuk RM64
kira ok la tu
walau tak dapat jeans, skirt, toiletries dan kasut
:)

next time mungkin sepatutnya kita cari
Baby Kiko Warehouse Sale
(kalau Alice masih kecik lagi waktu tu) :p
buat masa ini
alhamdulillah
rezeki Alice
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...