damdiduuu

Thursday, August 29, 2013

49 kongsi gelap diwartakan di Malaysia

sidang media oleh
Ketua Setiausaha kementerian Dalam Negeri
Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
foto oleh Abd Rahim Rahmat

29/08/2013
YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri
mengisytiharkan
49 pertubuhan
menyalahi undang²
seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966
pada 28 Ogos 2013
melalui Pewartaan P.U. (A) 272/2013

menjalankan
kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam
- dadah
- peras ugut
- pergaduhan antara pertubuhan
- huru-hara
- pembunuhan dengan senjata api/barang² tajam (parang, pisau, kuku kambing dsb)

natijah pengistiharan sebagai pertubuhan kongsi gelap:

1) nama pertubuhan tersebut
tidak boleh didaftarkan
di bawah peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

2) akaun, aset dan harta pertubuhan
diserah dan digulungkan
oleh Jabatan Insolvensi Malaysia

3) sesiapa yang mewakili pertubuhan,
memegang jawatan,
menjalankan kerja sebagai ahli,
bermesyuarat,
menghasut,
mendorong,
mendapatkan yuran atau bantuan,
menyiar dan
bertindak bagi pihak pertubuhan
akan disiasat dan
didakwa di mahkamah
di bawah Akta 335.
seksyen 6 (2) dan 6 (3),
seksyen 42 dan
seksyen 48
Akta Pertubuhan 1966 serta
seksyen 142 Kanun Keseksaan.

4) sebarang
tulisan,
senarai ahli,
panji²/tanda
pertubuhan yang menyalahi undang- undang
tidak boleh digunakan semula
berdasarkan seksyen 52 (3), Akta Pertubuhan 1966


SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP

1. Geng 04

2. Geng 08

3. Double 7

4. Tiga Line

5. Geng 30

6. Geng 38

7. Geng 24

8. Geng 18

9. Geng 36

10. Geng 21

11. Ang Soon Thong

12. Wah Kee

13. Sio Sam Ong

14. PNEH

15. Hong Hong San

16. Hai San

17. Sin Ang Bin

18. New Cell 20

19. Jit It Hai

20. Sio Koon Tong

21. Gee Lam Kor

22. Gee Ah Eng

23. Loh Kuan

24. Tiang Yee Tong

25. Geng Leng Hor

26. Geng 35

27. Geng 303

28. Geng Satu Hati

29. ATAP

30. Hung Ann

31. Sui Yuk

32. Otai

33. Borneo Red EMP

34. Ah Ngau

35. Batu Tiga

36. Ah Feng

37. Batu 10

38. Sibu Ti

39. Ah Seng

40. Ah Chin

41. Lee Lung

42. Lo Han

43. Sg Merah

44. Sg Badut

45. Ting Ching Lee

46. Tua Cak Lee

47. Teksi Station

48. Pintu Merah

49. Krokop



usaha
KDN
bersama agensi²nya iaitu
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Malaysia
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
dengan kerjasama erat
Jabatan Peguam Negara
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO)
serta semua pihak berkaitan
memerangi kegiatan kongsi gelap
dan jenayah berat lain
demi keselamatan dan ketenteraman awam

masyarakat turut diseru
supaya bekerjasama


sumber: portal KDN
maklumat geng
berdasarkan bangsa, kawasan
sila rujuk di sini

Thursday, August 22, 2013

Alice 2 tahun 4 bulan

masih lagi suka main sunglass yang maSu bagi mommy.
dah jadi pekpekel kakak dah
:p


most overused phrase Alice sekarang
ialah
'haaa, betul tu!'
'tu la ...'
kadang² keluar ayat
yang kita tak tahu
dari mana Alice dengar
'apa la mommy ni ...'
'kacau je ...'

bab mengusik lagi la
Alice suka tunjuk pusat
lepas tu ketawa²
sebab kita tak bagi dia tunjuk pusat.
nanti daddy makan pusat!
lagi Alice suka!

di sekolah
ada parents kata anak tak nak duduk kat toddler car seat.
Alice pun sama
tapi mommy tegas.
kalau nak keluar pergi shopping mall
tanya saja Alice
'nak duduk depan ke nak ice cream?'
confirm dia duduk di toddler car seat
sebab nak ice cream
:p

morning glory
pagi² Alice ada kalanya tak nak bangun tidur
nangis² nak menyusu.
bila bagi coklat
dia konon² nangis² jugak
tapi coklat pegang kuat²
kita dah keluar dari bilik nanti dia makan
:p

bila mood baik
pagi² bangun tidur dia nak susu,
tapi bila offer coklat dia ambil.
pesan saja
'mommy nak pergi mandi.
nanti kakak datang ya.'
Alice setuju.

baru² ni kita tengok movie cerita Smurf.
Alice suka :)
iklan² movies sebelum show tu je banyak yang seram
buat Alice takut!
Smurf soft toys ni ditayangkan kat Borders The Curve.
mommy tanya Alice apa yang sebelah tu?
Alice jawab 'payermen'


berunding
Alice dah boleh dibawa berbincang.
kalau dulu
selagi tak lena dia nak terus menyusu.
sekarang malam² banyak² kali pesan
'minum sikit saja
then go to sleep, ok?'
Alice jawab
'ha, betul tu' :p
kejap² kena tanya 'sudah?'
geleng
'sudah?'
'belum'
'sudah?'
'sudah. pegang!'
Alice minta mommy pegang tangan dia
sampai terlena.
kalau terjaga semula
menyusu lagi
ulang lagi tanya 'sudah?' ....

Alice duduk gaya princess :)
bila mommy tanya
'what is your name?'
Alice jawab 'pinces nu ayeca yaya'
kalau nak puji Alice senang saja
cakap kakak pandai
kakak cantik
kakak baik
dan the ultimate pujian untuk Alice 
ialah
kakak princess
:)

power house
sekarang Alice suka aktiviti fizikal yang cergas.
nak walk.
tak suka didukung.
bila dah walk
suka jump.
habis semua batu
walkway
kotak jubin
bekas cat
apa² saja struktur jalan atau level yang lain sikit
mula la dia melompat.
entah bila nak sampai rumah/sekolah :p



tak rasa macam 55 saat pun
tiap² kali Alice ajak kita dancing dengan lagu ni
ulang² sampai letih litak
:p

lagi satu aktiviti yang Alice suka
ialah dancing.
lagu yang tengah in
ialah lagu yang dekat game Talking Angela.
happy love song.
dancenya pulak
kena menari ramai²
pegang² tangan
goyang² badan
dukung dia sambil menari ballroom dance
yang sangat² memenatkan KITA!
(last time kita check
beberapa bulan dulu berat Alice 10kg!
semangat nak mendukungnya!).
Alice saja yang tak penat.
tak jemu.
suka hati.
:)

satu lagi hobi Alice
ialah main imaginary ukulele.
mommy
nyanyi lagu 'Kantoi'.
bila ada lagu best je
Alice kata
'kakak main ukulele ya'
sambil buat muka macam pemain ukulele berjaya
:p


sama macam kanak² lain
bila bosan, mood tak baik
ipad jadi penyelamat

play with me
aktiviti di rumah
main ipad
(video princess Sofia,
Sponge Bob,
game cuci baju & tanam bunga,
game Talking Ginger,
intro to arabic language

dan apa² app yang ada kat situ ikut suka dia).
drawing/coloring
(drawing book princess, looney toons,
sketch pad
yang maSu bagi).
play toys.
rasanya dah boleh tambah lagi toys Alice sekarang.
apa educational toys yang baik untuk 3-4 tahun?
(eh macam baju pulak beli saiz 3-4 tahun punya)
:p
waktu bulan Ramadhan
kita balik awal dan tunggu daddy sampai rumah.
merasa la Alice naik vespa bila daddy nak pergi parking.
sejak itu Alice suka nak naik motor

itu motor!
mommy tanya
'naik motor dengan abang, boleh?'

Alice jawab
'tak boleh! dengan daddy saja boleh'
sebagai langkah keselamatan
kita ajar Alice
tak boleh naik motor dengan abang (orang lain).
naik motor dengan daddy saja boleh.

Alice dah jadi kanak²
cepat betul dia membesar
:)

Monday, August 19, 2013

apa yang perempuan² borak masa lunch break







Thursday, August 8, 2013

salam aidilfitri 1434H

raya.
pada aku raya tu pergi masjid
solat sunat aidilfitri,
pergi kubur,
ziarah jiran dan saudara mara.

masjid
tak ada apa yang istimewa sangat di masjid.
masjid kampung saiznya kecil.
imam veteran.
tak ada apa yang berlebih-lebih
namun tak ada yang kurang di mata aku.

pergi masjid mesti awal²
baru boleh dapat tempat elite
kat bahagian depan tempat muslimah.
lambat sikit dapat saf belakang
tapi masih dalam masjid.
kalau lenggang-lenggok lagi dapat luar masjid
budak² ramai.
orang berbual
tak khusyuk dengar kuthbah.
tak untung!
:p

pergi masjid bertakbir.
solat sunat.
dengar kuthbah.
tahlil.
salam-salam.
jamuan raya ala kadar.
makanan biasa-biasa.
home made kuih raya dan rendang.
semua orang kenal semua orang.
kumpulan kecil yang menyenangkan.
kawan wan,
kawan mak
yang kenal kita sejak kecik lagi
:)


raya hijau 2010
kenangan beraya dengan wan waktu hayatnya
:)

bermaafan
oh ya, pekara terpenting ialah minta maaf.
kalau dengan orang penting macam mak dan wan
paling best kalau dapat minta maaf awal.
lepas subuh ke
sebelum keluar pergi masjid ke.
yang lain-lain boleh salam-salam minta maaf di masjid
atau balik dari masjid.
dengan mak dah biasa minta maaf hari-hari solat fardhu.
dengan wan kena kejar
supaya tak kena 'belum salam lagi? orang lain awal-awal lagi dah!'
(selalu kena kat orang yang tak pergi masjid sama wan).
hmmm ... aku nak Alice amalkan tabiat minta maaf ni!

leceh
hakikat hidup
tak semuanya indah.
aku paling lemah bila kena (orang suruh!)
bekal kuih raya dan rendang pagi-pagi raya.
orang nak pergi masjid
apa barang suruh buat bekal
tapi makan jamuan lepas solat raya kat masjid aku suka.
rendang
tapai
kuih bahulu
kuih bangkit
lemang asli
air gas (kecik-kecik dulu kumpul tutup botol buat main)
lately dah mula serve air mineral.

lepas solat raya, beribu² malaikat ikut kita
mak pesan lepas balik dari masjid jangan singgah kedai Cina
tapi balik rumah terus
atau lagi afdhal dari masjid terus ke kubur.
sekarang dah tak happening.
bukan kubur yang tak menarik.
bukan.
bukan tak meriah.
bukan.
bukan panas, kemuncup, duri dan sayu.
bukan.
aku tetap nak pergi
sangat dinanti-nanti.
bukan sekadar tradisi.
tak happening sebab ziarah kubur mak dan wan.
mengingatkan aku
dah tak ada doa mustajab untuk aku
buat selamanya!
:(

sebenarnya
lama-lama baru aku sedar.
baju raya aku tak pernah terfikir nak beli yang vogue
sebab raya aku ke masjid.
ziarah kubur.
kemudian baru ke rumah jiran dan saudara.
bukan pergi open house elite.
aku sedar juga
raya bukan pergi masjid
tapi pergi masjid dengan mak.
raya bukan ziarah kubur
tapi ziarah kubur dengan wan.
raya bukan keluar jalan beraya ke rumah jiran dan saudara mara
tapi beraya dengan famili.

raya 2011
menantu & cucu ziarah kubur mak.
ya Allah, ampunilah dosaku
ampunilah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka
sebagaimana mereka mengasihi aku
sewaktu aku kecil ...

selamat hari raya
maaf zahir batin.
semoga seisi keluarga berbahagia.
semoga mak dan wan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...